Template by:
Free Blog Templates

15 January 2011

Futsal











Aktiviti sukan di Kampung-Kampung harus diperhebatkan, jika Negara ingin melahirkan lebih ramai atlit dan ahli sukan.

Sehubungan dengan itu, badan-badan sukan tidak seharusnya terlepas pandang mengenai ramai bakat yang terpendam di kampung-kampung.

Ramai atlit dan ahli sukan sejak dari dahulu lagi adalah lahir dari kampung-kampung, Mukim dan Daerah yang kemudian mengilap bakat mereka bila berada di bandar melalui kelab-kelab tertentu.

Saya berkata demikian ketikak berucap meresmikan pertandingan jemputan Futsal anjuran Pusat Khidmat ADUN Kubu Gajah di gelanggang Futsal Tebing Tinggi, pagi tadi

Mengenai sukan Saya turut menyatakan bahawa ia boleh memupuk semangat perpaduan kaum dan Masyarakat setempat.

Sukan haruslah juga dilihat sebagai aktiviti yang mendatangkan menafaat berguna terutama dalam menggalakan rakyat menjaga kesihatan, seperti senamrobik.

Mengegnai kemudahan sukan, Saya turut menggesa rakyat agar menjaga setiap projek sukan sebagaimana hartabenda mereka sendiri.

Saya amat kecewa kerana ada kemudahan sukan yang telah dibina dengan kos yang banyak, tetapi telah dirosakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Pertandingan Futsal Pusat Khidmat DUN Kubu Gajah itu akan dijadikan sebagai program bulanan bagi mendekati remaja, terutamanya, selain menggalakan mereka menjakan aktviti yang berfaedah dan meniupkan semangat perpaduan.

DUN Kubu Gajah, muncul johan dalam kategori Pemuda dan Puteri dan masing-masing merima tropi dan hadiah wangtunai RM500.

Keputusan penuh, bagi katogeri Pemuda - johan DUN Kubu Gajah B iaitu pasukan FELDA, Ijok, Naib Johan DUN Batu Kurau A, pasukan Pantai Besar manakala tempat ketiga dan empat DUN Kubu Gajah A, pasukan Pekan Kubu Gajah dan DUN Selama B, pasukan Bukit Torak.

Bagi tempat kelima dan keenam pula, DUN Selama A, pasukan Rantau Panjang dan DUN Batu Kurau B, pasukan Anak Kurau.

Bagi Ketegori Puteri pula, Johan DUN Kubu Gajah A, pasukan FELDA, Ijok, Naib Johan DUN Kubu Gajah B, pasukan Bagan Baharu manakala tempat ketiga dan keempat, DUN Selama A dan DUN Selama B, pasukan Ulu Mengkuang. Kelima dan keenam, DUN Batu Kurau A dan DUN
Batu Kurau B.

Turut hadir Naib Ketua Pemuda UMNO Perak, Mohd Annuar Ariffin yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Larut, Ketua Puteri UMNO Bahaggian Larut, Azariah Budin, Ketua-Ketua UMNO Cawangan dan Ketua-Ketua Kampung.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Tahniah kepada pasukan Kubu Gajah.

Saya ni agak ortodox sedikit YMDS. Saya suka sukan tardisional atau pun yang lasak tapi belum diadakan di Malaysia.

Saya lebih mementingkan kretif (yang belum pernah diperadukan)

Sebagai contoh 'cross-country canoeing', di mana mereka mendayong samapan kolek dan jika didapati airnya kering mereka angkat canoe tersebut. Dua orang satu canoe. Saya lihat kawasan Sungai Merah, hutan simpan Pondok Tanjung memang baik, tamat di Kolam Bukit Merah dan di mulai di jalan Taiping-Selama yang dibawa dengan basikal dari tempat ternakan kambing boer.

Macam itulah lebih kurang.

Dalam sukan tradisional diberikan peluang mereka beradu menkait buah kelapa sawit. Yang terbanyak sekali dapat hadiah. Lagi satu menyumpit atau memanah kera dan tupai dsbnya. Kalau menembak saya pasti kaum Cina pun akan mengambil bahagian untuk menyatukan rakyat berbilang kaum.

Sekian cadangan saya.