Template by:
Free Blog Templates

28 January 2011

Lawat projek






Meninjau kerja-kerja menaik taraf bangunan Dewan Orang ramai di projek PPRT Kampung Sangkut, Ijok.

Sebanyak RM 30,000 dibelanjakan untuk kerja membaik pulih dewan tersebut yang rosak.

Dengan siapnya kerja menaik taraf dewan tersebut diharap JKKK Kampung Sangkut akan lebih aktif dalam menjalankan program bagi kepentingan Masyarakat di situ.

Saya juga turut meninjau beberapa bahagian jalan ke Kampung tersebut yang rosak dan membahayakan.

Saya akan membangkitkan masalah jalan tersebut di Mesyuarat Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama.

Projek PPRT itu telah diwuudkan sekitar tahun 1990 dan lebih 30 buah keluarga miskin telah ditempatkan di situ.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Salah satu isu politik masakini ialah tentang 'korupsi' terhadap pengundi semasa pilihan raya.

Sebagai contoh memberi bantuan seperti ang pau, makanan dan merancangkan projek kepada pengundi dan di kawasan pengundi
semasa pilihan raya.

Walaupun perkara ini tidak tarmaktub dalam undang2 kerajaan tapi saya berharap ADUN kita tidak akan berbuat demikian berdekatan PR13 yang akan datang,

Oleh yang demikian saya memohon jika ada projek atau bantuan yang hendak YMDS berikan kepada rakyat berilah pada masa sekarang. ELAKKAN memberikanya dekat pilihan raya kerana kita mahu kawasan ADUN Kubu Gajah bersih daripada tuduhan 'korupsi' cara moden atau tidak langsung.

Begitu juga jika YMDS berjumpa YAB MB kita galakkan beliau menyatakan projek untuk Kubu Gajah sekarang ini (tidak dekat pilihan raya). Elakkan dekat pilihan raya kerana isu ini semankin hangat diperkatajkan. Barangkali telinga kerajaan iaitu ketua kampung agaknya tidak dapat mendengar isu ini.

Bila saya turun padang, ramai para intelek mengungkit2 tentang isu ini.

Lagi satu segala apa yang dirancang masa lalu hendaklah disudahkan sebelum pilihan raya ini seperti jalan susur di Matang Pasir, kemaskini jalan Sungai Dendang-Selama, cawangan universiti di Pondok Tanjung, naik taraf Pekan Kubu Gajah dan Ijok dan lain2 yang dapat menguntungkan kawasan ADUN Kubu Gajah secara langsung dan tidak langsung.

Kita tak guna rancang macam-macam lagi kalau apa yang dirancang masa dahulu belum siap lagi terutama jalan lebuhraya Jelapang-Selama.

Dalam ramalan saya yang bukan ahli ekonomi ialah apabila lebuhraya, jalan susur di Alor Pongsu dan pekan Kubu Kajah dinaik taraf harga tanah di kawasan tersebut meningkat hingga 60,000 se ekar. Bayangkan harga tanah penorka FELCRA Sungai Malau akan meningkat.

Kalau lapangan terbang di bina di Briah tanah mereka meningkat $80,000 seekar.

Jika kawasan susur keluar Kubu Gajah siap ia meningkat lagi.

Jika kawasan susur keluar dijadikan tepat pembangunan industri seperti di Kemunting, tanah di kawasan ini akan meningkat hingga $200.000 se ekar.

Pada masa itu barulah semua orang kita telah berpindah ke IPOH akan kembali ke kampung. Itulah milestones saya yang bukan pakar ekonomi. Taget pekerjaan yang disediakan lebih untuk 2,000 untuk penduduk persekitaran.

Sekian pandangan saya.