Template by:
Free Blog Templates

31 May 2010

Mesra Rakyat





Beramah mesra dengan rakyat di majlis-majlis kenduri di hujung minggu.

Semalam hadir kenduri khawin anak perempuan ketau kampung sungai akar, Adnan Ahmad.

Dalam Majlis tersebut saya bertemu dengan penduduk sambil bertanya khabar.

Sempat juga jumpa dengan ketua kampung Sungai Akar, haji Suhaimi yang juga akan malangsungkan perkhawinan anak perempuannya minggu depan.

Saya kemudian menghadiri mesyuarat Agung Umno cawangan Tebing tinggi.

29 May 2010

Larut Terima Ahli UMNO Baru








UMNO terus diberi kepercayaan dan malam tadi, seramai 22 orang ahli baru diterima dalam satu majlis di cawangan dalam UMNO Bahagian Larut.


Selaku Ketua UMNO Bahagian Larut, Saya mengalu-alukan kehadiran mereka dalam satu majlis yang diadakan di Tanjung Lengkong yang turut dihadiri oleh Ketua cawangan, Ahmad bin Otman dan Tuan Rumah, Abdul Rani bin Saman.


Dalam ucapan mengalu-alukan kehadiran mereka dalam keluarga UMNO diharap ia akan memperkuatkan lagi parti. Parlimen Larut yang diwakili oleh 100 peratus Calon UMNO telah berjaya memenanggi kesemua keempat-empat kerusi yang dipertandingkan termasuk tiga DUN.


Saya juga mengingatkan bahaya yang akan dihadapi oleh UMNO jika soal perpaduan tidak diutamakan.


Sebelum itu, Saya juga meresmikan beberapa mesyuarat cawangan dengan ingatan agar orang melayu mengambil iktibar dengan keputusan Pilihanraya Umum (PRU) yang lalu dan menjadikannya sebagai pengelaman untuk menghadapi menghadapi pilihanraya yang akan datang.


Masalah dan nasib orang melayu di bawah pentadbiran pembangkang juga harus dijadikan tauladan dan pentingnya orang melayu bersatu dalam menghadapi saat yang lebih mencabar.


Cawangan-cawangan yang mengadakan mesyuarat mereka ialah Pekan Selama, Pondok Quinn, Kamung Perak, Batu 14, Pondok Tanjung, Pantai Besar Ijok dan Taman Kota Wira.


Saya juga mengadakan mesyuarat dengan Jawatankuasa UMNO Cawangan Tebing Tinggi.

27 May 2010

Nafas Baru Kepada Pembangunan Kubu Gajah





Jalan baru menghubunggi Kampung Mesjid di Ijok melalui Kampung Teras ke Ulu Mengkuang yang sedang dilaksanakan pembinaanya akan memberi nafas baru kepada pembangunan DUN Kubu Gajah.


Pada masa ini, projek menelan belanjang berjuta ringgit itu kini menunggu masa untuk menghubunggkan ke permulaan jalan berdekatan dengan Pusat Khidmat Negara (PKLN) di Kampung Teras dan kemudian ke Jalan Ulu Mengkuang bersempadanan denga DUN Selama.


Begitupun, jalan Ulu mengkuang kini berada dalam keadaan rosak berlubang dan membahayakan kepada pengguna manakala cerun jalan yang semakin terhakis.


Dalam tinjauan yang dilakukan, Saya dapati tindakan segera pihak berkenaan wajar diambil bagi menggelakan sebarang kejadian yang tidak diingini.


Sementara itu, satu lagi perhubungan jalan yang juga akan memberi nafas baru kepada pembangunan DUN Kubu Gajah adalah pembinaan jalan dari Kampung Lampin ke Sungai Dendang.

25 May 2010

Turun padang







Program turun padang saya di Dun Kubu Gajah termasuk beramah mesra dengan bekas ketua UMNO cawangan.

Roba'ai Haji Bajuri, yang pernah mengetuai cawngan Sungai Marlow dan isteri, Rosmah Haji Yunan telah menjemput saya ke rumah mereka di Kampung Sungai Malau Luar.

Roba'ai amat gembira kehadiran saya kerana masih mengambil berat keatas bekas pemimpin peringkat akar umbi. Turut hadir ialah ketua UMNO cawangan Sungai Marlow, Nordin Abu Hassan.

Seperti biasa saya juga melawat warga emas yang pernah aktif dalam parti seperti Hasmuni B. Abdul Rahman, 73 tahun dan Rokiah Bt. Nore 76 tahun di Kampung Sungai Marlow dalam.

Kemudian saya melawat seorang lagi warga Emas yang juga suatu ketika aktif dalam kerja-kerja kebajikan iaitu Eshah Bt. Hashim, 74 tahun di kampung Sungai Lempong.

Saya juga melawat anak pegawai khas saya, Mohamad Ibrahim iaitu, Mussalma Bt. Muhamad, 20 tahun yang terlibat dalam satu kemalangan jalanraya baru-baru ini di rumah mereka di selama.

24 May 2010

Sekolah Tamil Tidak Pernah diPinggirkan







Selain mengikuti perkembangan Sekolaj-sekolah Kebangsaan, masalah di Sekolah lain juga diberikan perhatian bagi mempastikan proses pendidikan di Negara ini berjalan dengan baik dan dinikmati oleh rakyat semua kaum.

Tidak dinafikan kemudahan sekolah-sekolah di kawasan ladang masih lagi serba kekurangan. Tengahari tadi, Saya luangkan masa melawat Sekoleh Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Stoughton di Redang Panjang untuk meninjau masalah di situ.


Masalah jalan tar ke sekolah adaah diantara isu yang dibangkitkan, selain permohonan yang pernah dikemukakan pihak sekolah kepada Kementerian Pelajaran dan juga Penasihat Menteri Besar bagi kaum India, Datuk Veerasingam.


Tujuan lawatan itu adalah untuk membuktikan bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengambil berat masalah Pelajar-Pelajar luarbandar termasuk yang tinggal di ladang-ladang tanpa mengira kaum.


Begitupun, oleh kerana tapak sekolah tersebut berada di dalam kawasan ladang, Saya telah meminta Guru Besar, shetiavani untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan terlebih dahulu.


Selain mendengar sedikit taklimat daripada pengurusan sekolah, saya juga beramah mesra dengan guru-guru sekolah.


Saya juga ambil kesempatan pelajar-pelajar seramai 21 orang di sekolah terebut dengan tenaga guru seramai sembilan orang.


Turut hadir ialah Ketua Kampung Redang Panjang, Zainuddin Hamid, Ketua MIC Bahagian Larut, Thevaraju dan Pengerusi PPP Larut, Gopal.

23 May 2010

Perpaduan Jamin Keamanan






Perpaduan adalah kunci kepada keamanan dan kemakmuran rakyat di Negara ini hinggakan ia juga menjadi faktor utama Pengganas Komunis mengaku kalah dan meletakan senjata.


Soal perpaduan ini harus diletakan sebagai asas utama jika kita ingin tinggal dalam keadaan selesa. Peristiwa 13 Mei masih segar dalam ingatan kita, tegas Saya ketika berucap menutup dan menyampaikan hadiah-hadiah karnival tahunan Kemas Parlimen Larut di Taman Rakyat tenghari tadi.


Soal perpaduan ini penting samada dalam rumahtangga, masyarakat, pejabat mahupun parti politik dan ia janganlah dipandang ringan.


Justeru, usaha Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir menjadikan Negeri Perak Aman Jaya haruslah disokong oleh segenap lapisan rakyat demi masa depan mereka juga.


Jelas sekali bahawa Dr Zambery adalah seorang pemimpin yang lebih mengutamakan perpaduan rakyat pelbagai kaum bagi menjamin kestabilan ekonomi, politik dan juga soial Negeri Perak dalam mencapai kemajuan yang lebih pesat.


Saya juga berharap Kemas akan terus menjadi Agen pengembang dasar Kerajaan dan mendekatkan lagi rakyat dengan Kerajaan bagi memudahkan segala program pembagunan dilaksanakan dengan jayanya.


Pelbagai pertandingan diadakan termasuk untuk kanak-kanak dan pasangan suami isteri dan ia juga turut disertai oleh kaum-kaum lain.


Penyelia Kemas Parlimen Larut, Nordin Abu Hassan dan Ketua UMNO Cawangan Taman-Taman Batu 6, Syed Mansur turut hadir.

22 May 2010

Kerajaan Zambry Wajar diPertahankan





Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir harus dipertahankan bagi mempastikan pembangunan rakyat di luar bandar dan bandar seimbang dengan arus peredaran masa.


Dr Zambry begitu perihatin dengan kekurangan pembangunan di luar bandar dan beliau sendiri berhasrat untuk melihat perubahan di pekan-pekan kecil.


Saya mengalu-alukan hasrat Kerajaan Negeri Perak untuk menaik taraf pekan-pekan kecil seperti di Ijok,Batu Kurau dan Terong seperti tempat-tempat lain.


Justeru,kata beliau membangunkan kawasan-kawasan tersebut harus diutamakan. Beliau sendiri telah meminta Agensi Kerajaan seperti Perbadanan Kemajuan Negeri (PKNP) tampil untuk merialisasikan hasrat tersebut.


Sehubungan dengan itu juga, Saya berharap segala perancangan Kerajaan itu akan mendapat kerjasama rakyat jika tidak ia akan melenggah-lenggahkan lagi perlaksanaannya.


Saya berkata demikian ketika merasmikan majlis penutup dan penyampaian hadiah Program Ikhtifah Kesenian Islam peringkat Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) yang diadakan di Dewan Serbaguna Tebing Tinggi, pagi tadi.


Parlimen Larut muncul johan dalam pertandingan Nasyid, Pemidato Lelaki dan Wanita serta Tilawah Quran bahagian Lelaki.


Keputusan penuh adalah: Kategori berzanji dan marhaban, Johan - kumpulan al-khairiah addiniah daripada Parlimen Bukit Gantang, Naib Johan - Kumpulan Sautul Munir daripada Parlimen Taiping dan Tempat Ketiga - Kumpulan Nurul Hidayah daripada Parlimen larut.


Bagi kategori Nasyid - Johan kumpulan Wahdahtul ummah daripada DUN Kubu Gajah mewakili Parlimen Larut, Naib Johan, Kumpuan Nurul Hidayah daripada Parlimen Taiping dan ketiga Kumpulan Nurul Jannah juga daripada Taiping.


Johan tilawah quran lelaki jatuh kepada Haji Ali bin Mohamed daripada DUN Selama mewakili Parlimen Larut, Naib Johan - Mohamed Khairi bin Musa daripada Parlaimen Bukit Gantang.


Bagi peringkat wanita tilawah quran, Johan Salimah Hadri daripada Parlimen Taiping, Naib Johan - Eshah Ahmad daripada Parimen Bukit Gantang dan keiga Rozita binti Adai daripada Parlimen Larut.


Bagi pemidato lelaki - Johan Rosli Mohd Noor daripada ADUN Batu Kurau mewakili Parlimen Larut, Naib Johan - Indra Safril daripada Parlimen Taiping dan bagi ketegori Wanita - Johan - Norzilatul Akma binti Abu Bakar daripada DUN Kubu Gajah mewali Parlimen Larut dan Naib johan - Maiza binti Mat Talib daripada Parlimen Taiping dan ketiga - Noraiman binti Abd. Rahman daripada Parlimen bukit gantang.

UMNO Teras Orang Melayu







UMNO harus dipertahankan sebagai teras kepada perjuangan Bangsa, Agama dan Tanahair.


Apa yang berlaku dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lalu, harus dilihat sebagai cabaran untuk ahli-ahli UMNO itu terus memperkasakan parti menghadapi PRU yang ke 13.


UMNO, adalah parti keramat yang akan menentukan hala tuju dan masa depan orang melayu, kata Saya ketika merasmikan Mesyuarat Agung tahunan UMNO Cawangan Air Hitam petang tadi.


Dalam hubungan ini perpaduan adalah kunci utama bagi menjamin UMNO itu terus kuat dan sentiasa dihormati oleh semua pihak.


Turut hadir ialah Ketua UMNO Cawangan, Norbin Saat di mesyuarat yang diadakan di Dewan Orangramai Air Hitam. Jariah binti Mat Zin adalah juga seorang ahli yang cukup aktif sebelum ini.


Saya juga Warga Emas, Hssan bin Arshad, 77 tahun yang juga aktif dalam kegiatan kemasyarakatan di Felda, Ijok. Juga turut di lawati ialah Ramlah binti Abu Kassim, 68 tahun yang juga tinggal di Felda.

21 May 2010

Hasrat Munirah Tercapai Wakil Negara




Alhamdullilah hasrat pelajar, Nur Munirah binti Mat Rahim, menyertai kejohanan catur remaja Asia di Beijing, China bulan Julai akhirnya tercapai, setelah mendapat tajaan.

Pelajar Tingkatan Lima, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Hussein (SMKDHH) itu dipilih mewakil Negara ke kejohanan tersebut dari 8 hingga 15 Julai.

Beliau terpilih mewakili Negara setelah muncul juara di kejohanan catur remaja Kebangsaan yang berlangsung di Pulau Pinang, Mac lalu.

Anak sulung kepada Mat Rahim, Ketua Kampung Ulu Mengkuang itu pada mulanya memerlukan tajaan untuk ke kejohanan catur di Filipina bulan Jun ini, sebanyak RM 4,778.

Namun, oleh kerana kejohanan Asia itu lebih besar, maka beliau dinasihatkan untuk ke Beijing. Nur Munirah hampir kecewa untuk menyertai kejohanan tersebut kerana Persatuan Catur Malaysia tidak mempunyai wang untuk membiayai pemergiaan beliau.

Namun, Bapanya tidak berputus asa dengan memohon bantuan daripada pelabagai pihak termasuk Menteri Besar Perak.


Saya juga membangkitkan masalah Munirah ini di Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama.

Beliau juga turut menemui Saya dan akhirnya masalah itu selesai setelah Saya sendiri berbincang dengan pihak di Pejabat Menteri Besar.


Petang semalam, satu majlis doa selamat dan penyerahan pakaian sukan sebagai tanda penghargaan UMNO Bahagian Larut yang berbangga diatas kejayaan beliau, telah diadakan di rumah keluarganya di Ulu Mengkuang.

Turut hadir ialah bekas Ketua Kampung Ulu Mengkuang, Haji Mohd Noor Haji Hassan dan Ketua Wanita, CHe Non Abdul Ghani dan Ketua Puteri, Norazian binti Salleh serta ahli-ahli JKKK.

20 May 2010

JKM diTegur lewat Bantuan





Masalah permohonan bantuan kebajikan di dua kampung di DUN Kubu Gajah yang masih tidak ada khbar berita di DUN Kubu Gajah, telah Saya bangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) pagi tadi.


Wakil Pegawai Kebajikan LMS telah diminat supaya menyiasat mengenai aduan daripada Ketua UMNO Cawangan Simpang Tiga, Gudang, Abdul Rahman bin Noli dan Ketua UMNO Cawangan Jemerang Setar, Ramli Haji Taib, mengenai permohonan bantuan kebajikan hinggga ke hari ini masih belum ada apa-apa jawapan.


Sebelum ini, perkara yang sama telah dibangkitkan oleh Ketua Kampung Teras, Wahab bin Mohd Yatan yang juga Ketua UMNO Cawangan.


Masalah penyelarasan agensi Kerajaan dan pembuangan pelajar Sekolah Menengah serta nasib pelajar yang terlantar sakit akibat kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu, juga saya bangkitkan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah, Datuk Mahmud Murshidi.


Masalah pemilihan senarai bantuan rumah PPRT di bawah program E-Kasih juga turut saya bangkitkan untuk tindakan pihak-pihak yang berkaitan.


Selepas mesyuarat tersebut, Saya melawat Warga Emas, Zariah binti Md Ali, 72 tahun yang uzur dan Ahli JKKK Kampung Teras, Alibasah bin Nordin, 52 tahun.


Saya juga melawat, warga emas, Dah binti Daud, 74 tahun di Kampung Kelian Chinei, Sungai Ara yang memohon bantuan rumah PPRT.

KB Larut Terima Ahli UMNO Baru





Dalam majlis taklimat persidangan cawangan-cawangan UMNO Bahagian Larut hari i ni, Saya telah menerima permohonan ahli-ahli baru untuk menyertai parti keramat ini.


Borang penyertaan ahli-ahli baru itu diserahkan oleh Ketua UMNO cawangan Batu 14, Major (B) Sabaruddin Mohd Zain di majlis taklimat peringkat DUN Batu Kurau di Bangunan UMNO petang tadi yang turut disaksikan oleh Timbalan Ketua, Datuk Mohd Daud Yusof, Ketua Pemuda, Annuar Ariffin dan Ketua Wanita Bahagian, Sawipah Yahya.


Pada sebelah bagi taklimat yang sama diadakan untuk DUN Selama dan DUN Kubu Gajah yang dihadiri oleh Ketua-Ketua UMNO dan Setiausaha UMNO Cawangan.


Dalam taklimat itu Saya menekannkan pentingnya perpaduan Ummah untuk menjamin masa depan politik orang melayu.


Jika orang melayu ingin terus berkuasa di Negara tanah tumpah darahnya ini, mereka tidak pilihan,melainkan mengutakan agenda perpaduan ummah.


Salah satu faktor menyebabkan kelemahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya Umum 2008 adalah disebabkan perpecahan dalaman, bukan kerana lawan itu kuat.


Saya juga minta setiap pemipin dan ahli umno mengutamakan masalah kemiskinan dalam perbahasan mereka supaya semua pihak dapat sama-sama berikan perhatian dalam menyelesaikan masalah ini.