Template by:
Free Blog Templates

24 May 2010

Sekolah Tamil Tidak Pernah diPinggirkan







Selain mengikuti perkembangan Sekolaj-sekolah Kebangsaan, masalah di Sekolah lain juga diberikan perhatian bagi mempastikan proses pendidikan di Negara ini berjalan dengan baik dan dinikmati oleh rakyat semua kaum.

Tidak dinafikan kemudahan sekolah-sekolah di kawasan ladang masih lagi serba kekurangan. Tengahari tadi, Saya luangkan masa melawat Sekoleh Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Stoughton di Redang Panjang untuk meninjau masalah di situ.


Masalah jalan tar ke sekolah adaah diantara isu yang dibangkitkan, selain permohonan yang pernah dikemukakan pihak sekolah kepada Kementerian Pelajaran dan juga Penasihat Menteri Besar bagi kaum India, Datuk Veerasingam.


Tujuan lawatan itu adalah untuk membuktikan bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengambil berat masalah Pelajar-Pelajar luarbandar termasuk yang tinggal di ladang-ladang tanpa mengira kaum.


Begitupun, oleh kerana tapak sekolah tersebut berada di dalam kawasan ladang, Saya telah meminta Guru Besar, shetiavani untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan terlebih dahulu.


Selain mendengar sedikit taklimat daripada pengurusan sekolah, saya juga beramah mesra dengan guru-guru sekolah.


Saya juga ambil kesempatan pelajar-pelajar seramai 21 orang di sekolah terebut dengan tenaga guru seramai sembilan orang.


Turut hadir ialah Ketua Kampung Redang Panjang, Zainuddin Hamid, Ketua MIC Bahagian Larut, Thevaraju dan Pengerusi PPP Larut, Gopal.

2 comments:

Wake UP! said...

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau India ini tidak menyumbang kepada penyatuan pelbagai kaum di Malaysia untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu hati.

PKR=Illmuninati.

Wake UP! said...

Marilah kita bersatu dengan Satu Sekolah untuk Semua.

Tools of the Illuminati in Malaysia.