Template by:
Free Blog Templates

8 May 2010

Ramai Pertikai Bantuan Rumah PPRT



Bantuan rumah PPRT wajar disemak semula bagi mempastikan hanya mereka yang benar-benar layak menerimanya.


Felcra sebagai pelaksana rumah tersebut mengadakan perjumpaan Isnin lalu di Ipoh bersama pelbagai pihak bagi mendapatkan pandangan dan penyelarasan.


Bantuan rumah tersebut adalah untuk keluarga miskin dan benar-benar layak. Ketua-ketua Kampung boleh mengenal pasti senarai tersebut.


Soal kualiti rumah bantuan pprt itu juga dibangkitkan dalam perjumpaan yang dipengerusikan oleh Pengerusi Felcra sendiri, Datuk Tajuddin Abdulah Rahman bersama Pegawai-Pegawai Kanan Agensi tersebut.


Pandangan daripada Pegawai-Pegawai Daerah yang turut hadir juga diambil kira selain Penghulu yang bertanggung jawab membinangkannya dengan Ketua-Ketua Kampung.


Begitupun, bilangan penerima rumah bantuan pprt masih tidak memuaskan ramai pihak kerana terlalu banyak permohonan yang diterima daripada keluarga miskin.

0 comments: