Template by:
Free Blog Templates

25 May 2010

Turun padang







Program turun padang saya di Dun Kubu Gajah termasuk beramah mesra dengan bekas ketua UMNO cawangan.

Roba'ai Haji Bajuri, yang pernah mengetuai cawngan Sungai Marlow dan isteri, Rosmah Haji Yunan telah menjemput saya ke rumah mereka di Kampung Sungai Malau Luar.

Roba'ai amat gembira kehadiran saya kerana masih mengambil berat keatas bekas pemimpin peringkat akar umbi. Turut hadir ialah ketua UMNO cawangan Sungai Marlow, Nordin Abu Hassan.

Seperti biasa saya juga melawat warga emas yang pernah aktif dalam parti seperti Hasmuni B. Abdul Rahman, 73 tahun dan Rokiah Bt. Nore 76 tahun di Kampung Sungai Marlow dalam.

Kemudian saya melawat seorang lagi warga Emas yang juga suatu ketika aktif dalam kerja-kerja kebajikan iaitu Eshah Bt. Hashim, 74 tahun di kampung Sungai Lempong.

Saya juga melawat anak pegawai khas saya, Mohamad Ibrahim iaitu, Mussalma Bt. Muhamad, 20 tahun yang terlibat dalam satu kemalangan jalanraya baru-baru ini di rumah mereka di selama.

3 comments:

Wake UP! said...

Inilah yang sewajarnya dilakukan oleh semua wakil rakyat dari BN.

Tools of the Illuminati in Malaysia.

Anonymous said...

Kot mana pun parti kena jaga juga. Jangan biar bahagian dan cawangan berterabur. Kekadang ada juga cawangan yang rasa dianaktiri. Kalau dicek pada blog YB ni balik-balik cawangan tu saja yang dikunjungi. Cawangan yang agak ok tak tengok langsung. Patutnya depa ni pun diambil peduli. Kalau depa lari pada PRU13 amacam.Satu lagi YB punya pegawai khas lelaki yang baru tu boleh tahan juga cara dia. Kekadang lebih sudu daripada kuah.YB nampak memang bagus cara kerja tetapi keberhasilan macam mana. Takut nanti orang kata sembang saja lebih. OK. Semoga berjaya.

Anonymous said...

YMDS,

Cuba YM tukar cara turun padang kepada walking around (istilah business).

Jika turun padang mungkin pembangunan hanya tertumpu kepada kerabat dan kawan ketua kampung, JKKK, JKK cawangan dan bahagian sahaja.

Tapi jika walking around YMDS akan jumpa juga ahli PAS.

Bila saya jumpa ahli PAS mereka tak marah pun kepada UMNO tapi mereka komen tentang pemimpin UMNO.

Yang akan menentukan masa depan Kubu Gajah terletak pada pemuda dan komen mereka ini.

Mereka ini percaya lebih kepada sensasi dan persepsi tapi bukan fakta berkenaan pemimpin UMNO.

Tahniah kepada YM kerana pergi ke Sg Malau dalam kerana semasa pilihan raya yang lalu tiada bendera PAS atau UMNO dikibarkan di situ.

Dalam kajian saya mereka ini macam kayu tiga.

Semasa kertas undi dikira di sekolah ramai yang undi PAS.

Trend yang jelas kelihatan ialah mereka mendapat pembangunan tapi mengundi PAS sebab itu tiada bendera di kampung mereka.

Cuba tanya pendapat pemimpin KEMAS di Sg. Malau Dalam tentang pendapat saya ini.

Kalau saya diberikan bendera Barisan saya akan letakkan di Sg. Malau Dalam dekat tanah saya.

Yang sebenarnya saya lebih berminat kepada pembangunan ekonomi orang Melayu. Tapi kalau hanya turun padang dan pergi berjumpa Ketua Kampung tentulah pembangunan bertumpu di kawasan kawan2 ketua kampung.

Cuba lihat rumah mesra rakyat sebagai contoh.

Terima kasih YMDS