Template by:
Free Blog Templates

31 January 2013

Tebing rebak



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar meminta Jabatan Parit dan Saliran (JPS) agar dapat membaiki segera tebing sungai dekat Jambatan Kampung Teras Seberang yang rebak akibat hujan lebat.

Beliau yang melawat dan melihat sendiri keadaan tebing tersebut merasa bimbang jika tebing berkenaan tidak dibaiki segera, ia boleh mendatangkan bahaya kepada jambatan yang berdekatan.

Jika jamabatan itu runtuh ia akan menimbulkan kesulitan kepada penduduk kerana ia merupakan satu-satunya perhubungan penduduk di situ.







Kebanyakan rumah di Kampung Teras terletak berdekatan dengan Sungai.

Turut hadir Ketua Kampung Teras, Abdul Wahab Mat Yatam.

Baitulmal



Rumah bantuan Baitulmal telah siap beberapa tahun yang lalu, tetapi belum ada bekalan elektrik belum ada.

Begitulah nasib yang dialami oleh Chah biti Pandak Othman, 79 tahun di Kampung Sangkut di Ulu Ijok.



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar melawat dan melihat sendiri keadaan Chah yang tinggal bersama dua orang  anaknya termasuk seorang yang Kurang Upaya.

Baitulmal membina rumah tersebut dengan kos RM 30,000 tetapi bekalan elektrik masih belum masuk.Justeru, beliau berharap pihak Tenaga Nasioal Berhad (TNB) akan dapat mempercepatkan proses bekalan tersebut.

Sebelum ini Chah yang tidak bekerja dan hanya bergatung kepada bantuan bulanan RM 200 daripada Baitulmal, terpaksa menggunakan bekalan elektrik daripada rumah beliau yang lama, tetapi agak jauh.

















Beliau juga berharap untuk mendapatkan bantuan bagi membesarkan ruang dapur rumahnya.

Turut hadir Ketua Kampung Sangkut, Haji Mat Zan Abu Kassim.

Sebelum itu, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin singgah untuk minum petang di rumah seorang penduduk, Sharifah binti Haji Abdul Rahman, 65 tahun samil beramah mesra dengan masyarakat di situ.

Beliau juga menyampaikan sumbangan kepada tiga orang penduduk miskin, Zainun binti Ahmad, 79 tahun, Rodiah binti Yassim, 81 dan Khaiton binti Mat Arof, 77 tahun.

Kerusi roda



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar meluangkan masa menyampaikan kerusi roda kepada, Haji Abdul Wahab bin Haji Kassim di rumahnya di Kampung Padang Das dekat Batu Kurau.




Wahab, 65 tahun yang tinggal dengan isterinya mengalami sakit lumpuh.






















Turut hadir Ketua Kampung Padang Das, Haji Musa Ibrahim.

30 January 2013

Singgah


Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar meluangkan masa bertemu penduduk ketika beliau singgah bertanya khabar di Kampung Jemerang Setar.

 

Beliau sempat bertemu dengan keluarga Md Khary bin Ali Musa, 61 tahun yang bekerja kampung dan memandu kereta sewa.




Beliau juga bertemu dengan Mohd Affendi bin Harun, 41 tahun yang juga tinggal di Kampung berkenaan dan membangkitkan masalah rumah bantuan Baitulmal.

Makan tengahari bersama pemimpin


Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diminta mendapatkan pengesahan Ketua Kampung keatas setiap permohonan.

 






Ini bagi menggelakan berlaku bayaran dua kali kepada penerima yang sama atau mereka yang tidak layak.

Demikian dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar selepas menyampaikan sumbangan dan berkelah di Kampung Padang Das, Batu Kurau, tengahari tadi.

Kataya, Ketua Kampung lebih mengetahui mengenai keadaan anak buah mereka yang layak menerima bantuan kebajikan.

Jika, Ketua Kampung dirujuk, masalah permhonan bertindih dapat dielakan dan proses permohonan juga dapat dipercepatkan.

Penerima sumbangan ialah Zainab binti Awang Desa, 72 tahun, Rasitah binti Desa, 60 tahun, Zainal Aini binti Shafie, 52 tahun, Timah binti Abu Bakar, 71 tahun, Jarmah binti  Lebai Abdullah, 74 tahun dan Tijah binti Awang, 84 tahun.









Beliau turut beramah mesra di rumah Mohktar Mahmud yang juga Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sambil mendengar masalah penduduk, terutama mengenai masalah rumah layak mampu duduk.

Ketua Kampung Padang Das, Haji Musa Ibrahim dan Iman Mesjid Padang Das, Haji Yahya Abu Bakar turut hadir.

Bantuan persekolahan


Ibubapa digesa mengutamakan displin murid jika mereka mahu pencapaian pelajaran yang baik.

 







Nilai displin yang rendah menjadi diantara faktor pestasi pelajar merosost dan ibubapa tidak boleh berdiam diri dalam soal ini.

Perkara ini dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan majlis penyerahan bantuan khas awal persekolahan Sekolah Kebangsaan Sungai Ara, petang tadi.

Turut hadir Guru Besar Sekolah, Termizi bin Che Mat dan Ketua Kampung Sungai Ara, Haji Abdul Halil Abdullah.

Beliau yang Ketua UMNO Bahagian Larut menegasan rakat Malaysia bertuah kerana Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak begitu menitiberatkan soal pendidikan termasuk memberikan bantuan awal persekolahan.

Katanya, yuran percuma, buku teks percuma, bahkan bantuan makanan juga disediakan oleh Kemenerian Pelajaran bagi memastikan murid sihat dan dapat menumpukan kepada pelajaran.

Ibubapa tidak boleh menyalahlan pengurusan sekolah atau Kerajaan jika anak mereka gagal, sebaliknya mereka harus bertanggungjawab diatas kegagalan tersebut.












Beliau menyeru agar ibubapa dan guru saling berkerjasama dalam meningkatkan pendidikan murid, terutama menjelang ujian atau peperiksaan.

Lebih 100 orang murid menerima bantuan awal persekolahan pada majlis tersebut sambil mengucapkan selamat jalan kepada Termizi yang bakan bertukar sekolah.