Template by:
Free Blog Templates

29 January 2013

Peladang



Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau akan membelanjakan RM 200,000 bagi mengushakan tanaman pisang di kawasan seluas 30 ekar di Sempenih.






Ia adalah penglibatan pertama kali  PPK tersebut dalam tanaman pisang secara besar-besaran.

Demikian dinyatakan Pengerusi PPK Batu Kurau, Datuk Seri Raja Zainuddin bin Raja Haji Omar selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah pertubuhan tersebut, pagi tadi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undanagn Negeri (ADUN) Kubu Gajah menambah, tanaman pisang mempunyai pasaran tersendiri dan cuaca serta tanah di Negara ini amat sesuai dengan tanaman tersebut.

Beliau berharap tanaman pisang itu juga dapat menggalakan ahli-ahli peladang terlibat secara serious dalam bidang pertanian, sambil membantu meningkatkan lagi hasil pengeluaran Negara.










Negara tidak boleh bergantung terlalu banyak kepada mengimpot, sedangkan para peladang dan petani tempatan juga berkemampuan berbuat demikian.

Masalahnya, tidak ramai peladang dan petani tempatan yang bersedia bersaing dan menggekalkan produk yang berkualiti.

Sementara itu, beliau juga mengumumkan bahawa kesemua 12 orang pekerja PPK menerima gali minima RM 900 sebagaimana yang dikehendaki oleh Kerajaan.

Katanya, mulai 1 februari ini , sesyen mintak Shell usaha PPK Batu Kurau akan mengadakan cabutan bertuah sebagai galakan bagi mereka yang membeli minyak RM 30 keatas setiap hari.

0 comments: