Template by:
Free Blog Templates

28 January 2013

Pendidikan





Isu pembinaan asrama sekolah menengah kebangsaan Kubu Gajah yang dibangkitkan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar, semakin menjadi kenyataan.

Peruntukan lebih rm 10 juta telah diminta kepada kementerian untuk pembinaan bangunan asrama dan dewan makan serta kelengkapan lain.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin telah mencadangkan pembinaan asrama tersebut ketika menjadi ahli parlimen Larut lagi bagi menampung kekurangan pelajar dan masalah pengangkutan awam.

Beliau berkata demikian selepas berbincang dengan penolong pegawai pendidikan daerah (PPD) rendah, Mohd Radzi Ismail, pagi tadi di Taiping.

Beliau turut meminta kerjasama adun Kubu Gajah bagi mempercepatkan permohnan projek tersebut.




Tapak seluas ekar telahpun diperolehi bagi pembinaan asrama berkenaan.

Pembinaan sekolah menengah kebangsaan Selama juga dibincangkan.

Kos sekolah itu dianggarkan sekitar rm 28 juta dengan 24 bilik darjah.

0 comments: