Template by:
Free Blog Templates

26 January 2013

Felcra


Pekerja- pekerja kilang sawit Felcra di sungai Dendang dalam dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah melahirkan rasa bimbang nasib mereka jika perkhidmatan mereka ditamatkan.





Ini kerana sebilangan pekerja kilang berkenaan telah menerima surat tamat perkidmatan.

Mereka menemui ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar untuk meluahkan rasa kecewa mereka tengahari tadi.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin kemudian menghubunggi pengurusan Felcra bagi membangkitkan masalah tersebut.

Beliau meminta pihak berkenaan memberikan penjelasan kenapa pekerja berkenaan diberhentikan.

Beliau juga bimbang nasib pekerja dan keluarga mereka jika diberhentikan.














Mereka ada tanggungan dan anak bersekolah. Setengahnya pula ada buat pinjaman.

Katanya beliau adalah orang yang meminta kilang itu dibina bagi mengatasi masalah pengganguran.

Kilang itu mula beroperasi dua tahun yang lalu dan mempunyai kira-kira 50 pekerja.

0 comments: