Template by:
Free Blog Templates

7 August 2013

UMNO

Ahli-ahli UMNO diseru menggelakkan perpecahan menjelang pemilihan parti samada diperingkat, cawangan, bahagian mahupun pusat.









Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata walaupun pilihanraya umum (PRU) ke 13 telah selesai dan barisan nasional (BN) mencapai kejayaan, tetapi ia tidak bermakna soal perpaduan tidak perlu diutama dan dikekalkan pada musim pemilihan parti.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perjumpaan dan berbuka puasa UMNO bahagian di Selama petang semalam.

Beliau mengulangi hasrat perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak agar jawatan ketua UMNO bahagian Larut tidak dipertandingkan.

Ini bermakna Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin kekal sebagai ketua bahagian Larut.

Datuk Seri Najib yang juga presiden berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 15,000 ketika berkempen di Sungai Bayor dekat Selama.

Katanya tiada pertandingan dalam perebutan jawatan pada pemilihan parti tidak bermakna ia menafikan suara demokrasi.

Permuafakatan itu juga merupakan proses terbaik untuk tujuan perpaduan.
















Beliau menasihatkan kesemua 97 cawangan dalam bahagian Larut mengadakan mesyuarat agung mereka sepertimana yang diarahkan.

Selain memberi sumbangan hariraya, taklimat ringkas mengenai pemilihan juga turut diadakan.

2 August 2013

Tadarus




Belia-belia diseru supaya tidak mengabaikan tanggung jawab memgembang dan majmajukan agama suci islam.

Tanggunjawab kepada memajukan negara tidak bermakna tanggungjawab pada agama diabaikan.

 


Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap merasmikan tadarus dan khatam quran daerah kecil Selama di Felda, Ijok petang tadi.

Seramai 350 belia mengambil bahagian program anjuran pejabat belia dan sukan daerah, yayasan pelajaran MARA dan majlis belia parlimen Larut di perkarangan masjid Felda.

Seramai 80 pelajar miskin menerima sumbangan berjumlah rm 12,000 daripada yayasan pelajaran MARA.

Katanya, kemajuan negara juga bergantung kepada kejayaan membina para belia.
















Beliau yang juga pengerusi komuniti 1M parlimen Larut menyeru para belia tampil membantu pihak berkuasa menjaga keamanan negara.

Negara memerlukan tenaga belia yang berdisplin untuk mencapai kejayaan dan kemajuan.

Peserta tadarus bersama tetamu kemudian berbuka puasa

Lebih 20 orang kurang upaya (OKU) juga diberikan sumbangan hariraya.