Template by:
Free Blog Templates

30 April 2009

Harga Ayam Naik?

Penternak-Penternak tidak seharusnya mengambil kesempatan menaikan harga runcit ayam dalam keadaan virus selesema babi.

Tindakan Menteri Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub menemui para penternak dan memberi nasihat kepada mereka amat bertepatan sekali.

Diharap mereka yang terlibat tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan menaikan harga ayam sewenang-wenangnnya.

Diharap juga pengkuat kuasa Kementerian segera turun ke bawa meninjau kalau-kalau ada mereka yang cuba mengambil kesempatan menaikan harga barang runcit yang akan membebankan lagi pengguna yang berpendapatan rendah.

Kaunter-kaunter aduan seharusnya dibuka dan di perbanyakan lagi bagi memudahkan orang ramai membuat aduan.

29 April 2009

Puan Rokiah Akhirnya Menerima Bantuan

Alhamdullilah Pejabat Kebajikan telah meluluskan bantuan saraan puan Rokiah Mohamad, 85 tahun yang tinggal di Bagan Bahru dalam DUN Kubu Gajah yang saya lawati semalam.

Menurut Pegawai Kebajikan Daerah, Encik Zambri Mohamed bantuan itu akan mula dikeluarkan bulan depan.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada puan Fatimah Zuraidah Saleh, pegawai Kementerian berkenaan yang sentiasa perihatin dengan masalah yang dipanjangkan kepada beliau.

Demikianlah juga kepada Menteri berkenaan, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

Bantuan DUN Kubu Gajah

Saya telah meminta pejabat Tanah Daerah untuk mengadakan sesi penerangan yang berhubung kait dengan pejabat berkenaan agar masyarakat di DUN Kubu Gajah lebih memahami.

Sementara itu, Pegawai Kebajikan Daerah, Encik Zambri Mohamed juga bersetuju mengadakan penerangan mengenai sistem bantuan yang dikendalikan oleh mereka.

Saya juga berterima kasih kepada Pegawai Belia dan Sukan daerah Selama, Raja Hamidah binti Raja Shah yang bersetuju mengatur majlis rakan muda wawasan desa IPT bersama belia untuk DUN Kubu Gajah di rancangan tanah FELCRA, Sungai Marlow daripada 31 mei hingga 3 jun.

Diharap sepanjang program ini diadakan, masyarakat tempatan akan merebut peluang menyertainya mengikut tarikh-tarikh yang akan ditentukan oleh pihak-pihak berkenaan.

28 April 2009

Warga emas perlukan bantuan

Selepas menerima SMS daripada seorang penduduk di DUN saya, saya bergegas ke melawat seorang warga tua, Puan Rokiah binti Mohamed, 85 tahun yang terlantar sakit di rumahnnya di Kampung Bagan Bahru, petang ini.

Menurut anaknya, Puan Siti Doyah binti Abdullah, 66 tahun ibunya mengalami sakit tua sejak akhir-akhir ini dan tinggal sendirian dirumah.

Justeru beliau amat memerlukan bantuan bagi menanggung rawatannya.

Bantuan bersama saya tadi ialah wakil pejabat kebajikan masyarakat selama, Cik Nurul Wahida binti Hassan yang telah mengambil laporan.
Saya juga menghubungi Menteri Pebangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil mengenai bantuan yang diperlukan itu dan beliau sendiri akan mendapatkan segala maklumat Siti Joyah yang terpaksa menutup kedai kopi kerana menjaga ibunya, juga mengharapkan bantuan saraaan daripada kebajikan.

Saya juga berharap proses bantuan seumpama itu dapat disegerakan dan tidak tertanggung begitu lama.

27 April 2009

Perluas maklumat perniagaan untuk belia melalui web


Agak lama saya tidak ke Pengkalan Hulu, kali terakhir saya ke sana ialah pada tahun 1998 semasa mengarak Piala Malaysia.

Tapi hari ini saya dijemput menutup program perkhemahan Jati Diri Bangsa Peringkat Daerah Selama yang diadakan di rumah rehat, Pengkalan Hulu kursus 3 hari itu anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah.
Dalam ucapan penutup saya menyarankan supaya maklumat mengenai peluang-peluang belia menceburkan diri sama ada dalam niaga diperluaskan melalui laman-laman web dan blog.

Saya juga berhasrat menyediakan insentif pada belia-belia di Dun Kubu Gajah yang pro aktif dalam bidang itu.
Kira-kira 80 peserta hadir termasuk Pegawai Belia Daerah, Raja Hamidah bt Raja Shah.

26 April 2009

Pasaran Tempatan Wajar diutamakan

Saya tertarik dengan kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar yang mengatakan beliau memandang serious masalah memasarkan hasil usaha petani dengan menggerakan FAMA mewujudkan kedai-kedai rakyat.

Sebenarnya banyak sudah sistem dan kaedah yang telah diperkenalkan setiap kali Menteri bertukar tangan, semuanya bagus, tetapi yang menjadi masalah besar ialah di peringkat perlaksanaan.

Masih berlaku birokasi? harga yang ditawarkan kepada petani, tidak setimpal. Saya pernah membawa perkara yang sama di Parlimen. Bahkan ada seorang pemilik tanah yang merungut, katanya sukar untuk beliau mengusahakan tanahnya kerana terlalu banyak kerenah daripada pihak berkenaan bagi mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat.

Masalah membantu siswazah yang menggangur di sektor pertanian dalam mendapatkan bantuan pinjaman hendaklah di permudahkan, jika tidak hasrat Kerajaan dalam mengatasi masalah ini tidak akan berkurangan.

Diharap langkah memasarkan hasil petani kita ke pasaraya-pasaraya ternama dan ke pasaran luar, dapat dipertingkatkan lagi. Jika barangan luar mudah menembusi pasaran kita, mustahil produk tempatan tidak boleh di ketengahkan ke pasaran antara bangsa.

Begitulah juga Saya bersetuju dengan ssaranan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri supaya kita mengutamakan jenama tempatan.

Namun, masalahnya, jenama dari luar Negara masih banyak di pasaran tempatan dan di harap kempen membeli barangan tempatan hendak lah dibuat secar lebih konsisten dan tidak hanya bermusim.

25 April 2009

Sah Hasbullah SETPOL TPM

Sah, Datuk Hasbullah Osman, dilantik menjadi Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri dan akan memulakan tugas barunya itu di Puterajaya Selasa ini.

Beliau mengesahkan perlantikan tersebut semalam semasa ditemui di majlis perjumpaan mengenai aspek perundangan Negeri Perak yang disampaikan oleh beberapa orang panel peguam yang diketuai oleh Peguam kanan, Datuk Shafie Abdullah.

Hasbullah yang juga Setiausaha Kerja UMNO Negeri Perak telah menemui Tan Sri Mahyuiddin Yassin semalam. Beliau adalah juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gerik dan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Temenggor, pernah menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Tan Sri Ghazali.

Perlantikan Hasbullah telah disambut baik ramai pihak. Sebelum ini beberapa tokoh daripada Perak yang pernah menduduki jawatan Setiausaha Politik Perdana Menteri ialah Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub dan Datuk Seri Aziz Shamsuddin, kedua-duanya adalah juga bekas Menteri Kabinet dan Datuk Dr Abdul Malek Hanafiah, bekas Anggota ECXO Kerajaan Negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir yang dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang baru dijangka mengumumkan pengganti Hasbullah semasa perlantikan Penyandang jawatan-jawatan Badan Perhubungan UMNO Negeri tidak lama lagi.

Tahniah Hasbullah dan selamat bertugas.

24 April 2009

Hasbullah Setiausaha Poilitik TPM?

Selepas Pucuk Pimpinan UMNO memberi penghormatan kepada ramai wakil Perak menduduki dalam barisan kepimpinan Parti, barangkali akan ada lagi perlantikan-perlantikan baru di kalangan tokoh Negeri ini dalam mengisi kekosongan jawatan di peringkat pusat.

Difahankan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muyhiddin Yassin sedang mengenal pasti beberapa calon bagi jawatan Setiausaha Politiknya. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berhasrat melantik dari kalangan orang Johor, negerinya sendiri, Selangor dan juga Perak.

Ahli Dewan Negeri Perak (ADUN) Temenggor, Datuk Hasbullah Osman yang juga Setiausaha Kerja UMNO Negeri disebut-sebut akan dilantik sebagai salah seorang Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri.

Hasbullah sebelum menjadi ADUN pernah menjadi Setiausaha Politik Kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Tan Sri Ghazali dan juga ketika beliau menjadi Menteri Kabinet Tun Dr Mathir Mohamed, sebalum pulang bertanding di peringkat DUN Pengkalan Hulu pada pilihanraya Umum 1999.

Hasbullah adalah juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gerik.

Tahniah Wakil Perak Ramai Dalam MT


Tahniah diucapkan kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir yang dilantik Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak yang baru yang diumumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, hari ini.

Tahniah juga diucapkan kepada Datuk Seri Husni Hadzlah, Menteri Kewangan 11 yang juga Ahli Parlimen Tambun yang dilantik sebagai Bendahari UMNO Malaysia yang baru dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak.

Datuk Seri Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun adalah orang kedua daripada Negeri Perak yang diberi kepercayaan memegang jawatan Bendahari selepas Datuk Seri Azim Zabedi. Orang Perak yang pernah menyandang jawatan di Ibu Pejabat UMNO sebelum ini ialah Allahyarham Datuk Seri Hussein Nordin, selaku Setiausaha Agung manakala Setiausaha Kerja ialah Datuk Nasaruddin Alang Saidin, kedua-duanya adalah bekas Ahli Parlimen Parit.

Tahniah juga kerana empat wakil daripada Perak yang telah dilantik menanggotai Majlis Tertinggi (MT). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazeri Aziz yang juga ketua UMNO Bahagian Padang Rengas dilantik semula. Tiga lagi ialah bekas Ketua Wanita UMNO Malaysia, Tan sri Rafidah Aziz yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim dan Ahli Dewan Negeri Perak kawasan Kampung Gajah, Dr Wan Norashikin yang juga Ketua Puteri UMNO Negeri.

Perak kini mempunyai Lapan ahli MT termasuk empat yang menang di perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini dan jika dijumlah kesemuanya termasuk Naib Presiden dan Bendahari, Perak diwakili oleh Sembilan orang termasuk seorang Naib Presiden yang merupakan paling ramai. Tidak keterlaluan jika Saya katakan bahawa ini adalah satu penghormatan kepada Perak yang baru sahaja mengambil alih pentadbiran Negeri Perak daripada Pembangkang.

Sebelum perlantikan ini, Datuk Seri Najib adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak manakala Timbalannnya ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO yang turut dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang.

Pengerusi-Pengerusi Badan Perhubungan UMNO lain yang turut diumumkan ialah Datuk Seri Najib sendiri (Selangor), Tan Sri Muhyddin Yassin yang juga Timbalan Presiden UMNO (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Shafie Apdal (kedah), Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (Trenngganu), Datuk Seri Mohd Isa Sabu (Perlis), Datuk Mustapa Mohamad (kelantan) manakala negeri-negeri lain pengerusinya kekal.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Mazlan, yang juga Ahli Parlimen Pontian pula dilantik Ketua Penerangan UMNO yang baru.

Mereka yang turut dilantik MT ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim yang juga Ahli Parliamen Muar, Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil khir, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik,Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidah Kassim dan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir,bekas Naib Ketua Pemuda UMNO.

Berdasarkan perlantikan tersebut, Wanita kini diwakili oleh tiga Orang, Pemuda Dua dan Puteri dua orang.

Selain Kementerian Kewangan, Ahli MT yang diwakili lebih daripada dua orang ialah Kementerian, Kementeian Pelajaran (2) dan Kementerian Belia dan Sukan (2) dan Jabatan PM (2).

Diharap mereka yang telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan akan memikul tanggung jawab dengan penuh didikasi dalam memperkasakan kembali UMNO sebagai Teras kepada perjuangan Bangsa, Agama dan Negara.

Lebih penting lagi dalam persediaan menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

DUN Perak 7 Mei Menjadi Tarikan

Ramai yang bertanyakan Saya apakah sidang Dewan Negeri (DUN) Perak 7 Mei ini akan tetap diadakan? Apa kah akan ada kejutan?

Jawapan Saya amat positif, sidang JADI dan Saya telahpun menerima notis sidang tersebut yang dihantar oleh Setiuasaha Majlis.

Turut bertanya ialah Datuk Rahim Md Ariff, Setiausaha Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan bekas Penasihat Undang-Undangnya. Beliau adalah seorang pegawai yang cukup perhatin dengan perjalanan sidang dewan dan sentiasa hadir, terutama mewakili Datuk Bandar.

Banyak juga isu mengenai MBI yang dibangkit dan dibahaskan oleh ADUN. Saya juga sempat bertanyakan kepada Rahim samada perlantikan Ahli-Ahli MBI yang baru telah dibuat. Namun katanya, Kerajaan Negeri sementara menunggu perlantikan tersebut, telah memberi kebenaran kepada Datuk Bandar, beliau dan Bendahari MBI untuk menjalankan tugas melulus projek-projek bagi menggelak kelewatan perlaksanaan.

Saya sempat bergurau dengan beliau,selepas makan tengahari, selepas solat jumaat tengahari tadi, samada MBI bercadang menggurangkan cukai? beliau hanya tersenyum. Apa pun kata Saya tahniah kepada Datuk Bandar, Haji Rashdi Hashim yang telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk sempena Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak ahad lalu. Rashdi adalah bekas Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Perak.

Sidang 7 Mei ini adalah yang pertama DUN Perak semenjak Barisan Nasional (BN) mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri, bulan Februari, tahun ini daripada Kerajaan Pakatan Pembangkang. Sidang kali ini pasti mendapat perhatian rakyat Perak terutamanya dan juga masyarakat luar.

Sidang ini, juga Saya difahamkan akan mendapat liputan luas media tempatan dan asing. Sebelum ini, sidang bawah pokok oleh pihak Pembangkang juga mendapat perhatian ramai.

Mengenai pas masuk ke sidang DUN, pihak Majlis Saya percaya sedang menguruskannya, agar tidak berlaku kesesakan. Mereka yang tidak berpeluang menyaksikannya secara dekat, barangkali pihak berkenaan akan mengadakan siaran langsung melalui internet, sebagaimana sidang terdahulu.

Saya difahamkan, pihak berkenaan, yang akan bermesyuarat dalam masa terdekat ini, akan memaklumkan mengenai permohonan mendapatkan pas masuk sidang dewan.

Baginda Sultan Perak yang telah memperkenankan sidang DUN 7 Mei akan berangkat melakukan majlis perasmian tesebut di perkarangan Dewan Negeri di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jalan Panglaima Bukit Gantang Wahab, Ipoh..

Ini adalah kali kedua Tuanku Sultan berangkat meresmikan sidang tersebut selepas Pilihanraya Umum 2008. DUN perak mempunyai 59 kerusi. mengikut pecahan, BN (kekal dengan 28 kerusi), DAP daripada 18 kepada 17, Keadilan daripada 7 kepada 5 dan PAS kekal 6. BEBAS kini mempunyai 3 orang iaitu dua daripada Keadilan dan satu dari DAP.

Saya tidak menolak sidang dewan kali berlangsung dalam keadaan panas kerana Kerajaan Negeri terdahulu kini telah bertukar menjadi Pembangkan.

Apa pun sama-sama lah kita tunggu dan lihat. Nasihat Saya setiap Ahli mempunyai amanah dan tanggung jawab, maka laksanakanlah ia mengikut kepercayaan yang telah diberikan oleh pengundi di kawasan masing-masing.

Berikan pandangan dan pendapat yang berfaedah, jauhkan lagi percakaran. Gunakanlah kebebasan bercakap mengikut lunas-lunas demokrasi yang diamalkan. Bersikaplah secara rasional dan bukan mengikut emosi.

23 April 2009

Insentif wujudkan blog dan laman web di sekolah

DUN Kubu Gajah hari ini mengumkan insentif pertandingan sekolah-sekolah rendah dan menengah dalam DUN berkenaan yang berjaya dalam mewujudkan blog atau website masing-masing.
Bagi menjayakan progam ini, DUN Kubu Gajah mendapatkan kerjasama daripada pegawai pendidikan daerah Larut, Matang dan Selama, Haji Ahmad Laizim bin Idris yang bersetuju dengan cadangan saya selaku ADUN Kubu Gajah.

Saya nenyatakan demikian di majlis penyampaian bantuan kumpulan wang amanah pelajar miskin (kwapm) pelajaran DUN Kubu Gajah di sekolah kebangsaan bagan bahru. Turut hadir ialah Haji Ahmad Lazim dan guru besar sekolah kebangsaan bagan baru, Osman Yahya.

Langkah mengadakan pertandingan tersebut adalah selaras dengan perkembangan IT. Dengan adanya website dan blog tersebut, ADUN dan masyarakat tempatan akan dapat mengikuti aktiviti dan perkembangan sekolah dari masa ke semasa.

Saya akan membincangkan bentuk insentif yang akan diberikan itu dengan PPD manakala sebuah panel khas akan dibentuk untuk menilai pertandingan tersebut.

Sementara itu, saya juga mencadangkan agar kementerian pelajaran dapat mengkaji kaedah pemberian bantuan kwapm tahun depan dalam bentuk saham atau simpanan bank bagi menggelakan berlaku salah guna bantuan tersebut.

Budaya Fitnah Merugikan Bangsa

Tuanku Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, melahirkan kebimbangan baginda terhadap kecenderungan penulis di negara ini menghasilkan buku politik bertujuan memburuk individu tertentu.

kecenderungan itu yang semakin popular dan aliran sedemikian jika terus berkembang, dibimbangi akan membina satu budaya penulisan tidak sihat, menyuburkan fitnah, kurang beretika, sanggup mengetepikan fakta dan seterusnya membawa pengaruh negatif dalam perkembangan minda warga.

baginda bertitah demikian di majlis pelancaran buku bertajuk keberanian mengapai harapan karya Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, hasil terjemahan Institut Terjemahan Negara, Malaysia (ITNM) di ibu negara, Kuala Lumpur.

Budaya penulisan sedemikian akan merugikan bangsa dalam jangka masa panjang berbanding keuntungan singkat yang bermotifkan matlamat sempit kumpulan atau individu tertentu.

Justeru marilah kita renung nasihat baginda itu dan bersikap positif kerana pembentukan sebuah negara maju juga memerlukan sebuah masyarakat yang bertanggung jawab.

dan bermaksud bahawa "Memfitnah itu dosanya lebih besar daripada seorang Pembunuh" fikir-fikirkanlah.

21 April 2009

Sidang DUN Perak sah

Saya mengadakan majlis taklimat dengan ketua-ketua cawangan UMNO dan ketua Kampung dalam bahagian Larut bagi memperjelaskan isu persidangan DUN Perak pada 7 Mei ini.


Saya memberitahu bahawa sidang tersebut adalah sah dan telah mendapat perkenan DYMM Paduka Seri Sultan Perak yang juga akan berangkat merasmikannnya pada hari Khamis.

Saya juga memperjelaskan berhubung kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berhubung dengan penyertaan Barisan Nasional (BN) di pilihanraya kecil Penanti

Simpati atas nasib Haji Salleh


Saya melawat rumah naib kadi Kubu Gajah, Haji Mohamed Salleh bin Haji Abdullah yang rumahnya dihempap pokok rambutan akibat ribut kencang malam tadi.


Namun, dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam, beliau yang berusia sekitar 85 tahun terselamat kerana berada di tempat lain.

Saya telahpun menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan bantuan. Saya juga telah meminta pegawai khas saya untuk membantu membuat laporan polis berhubung dengan bencana tersebut.

Menurut Haji Salleh, usia pokok rambutan itu adalah sama dengan umur beliau iaitu 85 tahun.

Kenapa Mahal?

Kemudahan WIFI dah ada di mana-mana termasuk restoran-restoran nasi kandar. Agaknya, itulah salah satu cara mereka menarik pelanggan.

Kebanyak restoran mejual makanan segera juga menyediakan kemudahan tersebut.

Tetapi agak terkejut juga bila seorang kenalan mengadu ada sebuah hotel bertaraf bintang di jalan Sultan Ismail di bandaraya Kuala Lumpur mengenakan kadar bayaran RM 49 bagi setengah jam.

Logik kah? Seorang lagi teman pula mengadu, beliau juga mengalami pengalaman yang sama ketika cuba menggunakan kemudahan yang sama di sebuah hotel di sebuah negeri di Pantai Timur.

Apabila ditanya, pihak pengurusan hotel hanya memberitahu mereka tidak tahu apa-apa mengenai kadar bayaran tersebut kerana diurus oleh pihak lain.

Dimana kah sikap mesra IT? Justeru di harap, Kementerian berkenaan membuat pemantauan.

19 April 2009

Sultan Perak bertitah dengan Cukup Tegas








DYMM Paduka Sultan Azlan Shah menyampaikan titah ucapan yang cukup menarik perhatian dan menyengat semasa majlis penganugerahan darjah kebesaran sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda di istana Iskandariah, Kuala kangsar hari ini.



Baginda antara lain membidas tindakan kumpulan politik tertentu yang sampai ke peringkat menghasut rakyat untuk mencetuskan huru hara selain turut mencemari institusi Raja.


Baginda juga bertitah bahawa baginda sentiasa mendengar dan mengikuti setiap perkembangan yang berlaku dan seseorang Raja sebenarnya berada di atas politik dan tidak boleh turun untuk berdebat dengan terbuka.







Terdahulu, dalam persembahan ucapan taat setia bagi pihak Raja-Raja bergelar, Raja Muda Perak, Tuanku Raja Nazrin Shah bertekad untuk pastikan institusi Beraja di Negara ini terus dipertahan dan tidak dipersendakan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kader ketika berucap turut menyatakan kesungguhan Kerajaan pimpinaannya membawa kemajuan sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat dan Baginda Sultan.

Dr Zambry dianugerah SPMP


Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah diatas Penganugeragan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Dato' Seri bersempena ulangtahun Keputeraan DYMM Paduka Sultan Perak, kepada:



YAB Dato' Dr Zambry Abdul Kader, Menteri Besar Perak yang juga ADUN Pangkor



YB Dato' Ahmad Husni, Menteri Kewangan 11, merangkap Ahli Parlimen Tambun


YB Dato' Kong Cho Ha


Yang Amat Berbahagia Dato' Dr Abdullah Fadzil Che Wan, Orang Besar Jajahan Kinta

Ikhlas Daripada:

Dato' Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar

Dirgahayu DYMM Paduka Seri Sultan Perak


Dirgahayu DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah diatas Sambutan Hari Ulangtahun Keputeraan Yang ke 81, dengan iringan doa semoga pemerintahan Tuanku sentiasa dalam peliharaan Allah S.W.T. dan Negeri Perak terus aman dan sejahtera.

17 April 2009

BERITA TERKINI

Sidang Dewan Negeri (DUN) Perak dijadualkan pada 7 Mei 2008 di Dewan Negeri, Bangunan Setiausaha Kerajaan, Jalan Panglima Bukit Gantang, Ipoh.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dijadualkan berangkat merasmikan pembukaan persidangan pada hari Khamis. Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kader dan Anggota EXCO Kerajaan dan ADUN juga akan hadir.

DUN Perak mengandunggi 59 Kerusi. Barisan Nasional (BN) kini mempunyai 28 wakil, Bebas Tiga manakala di pihak Pembangkang, DAP 18, Keadilan 5 dan Pas 6.

Selepas Pilihanraya Umum Mac 2008, Perak ditadbir oleh Kerajaan Pakatan Pembangkang hinggalah Februari lalu, BN berjaya kembali Memerintah.


TOL:

Perdana Menteri,Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, telah mengarah EPU cadangkan pada Kerajaan satu penyelesaian komprehensif tangani masalah kenaikan kadar tol yang merupakanm bebanan pada rakyat.


BALIK ke ASAL:

Berita utama (Bahasa Melayu) TV1 yang sebelum ini dipindah ke jam 9 malam akan kembali bersiaran pada pukul 8 malam mulai Isnin ini. - Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin.

16 April 2009

Sidang Dewan Perak

Sidang Dewan Negeri Perak dijangka akan diadakan dalam masa terdekat, barangkali awal bulan depan. Ini ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan yang telah memutuskan bahawa Speaker tiada kuasa untuk mengantung Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kader dan Enam Exco Kerajaan Negeri daripada menghadiri sidang DUN.

Sidang DUN mesti diadakan selewat-lewatya pada 13 Mei iaitu enam bulan daripada tarikh terakhir DUN bersidang pada bulan November yang lalu.

Sidang kali ini pasti menarik perhatian ramai kerana ia adalah yang pertama kali diadakan selepas Barisan Nasional (BN) berjaya kembali mengambil alih kuasa mentadbir Negeri Perak, awal bulan Februari lalu daripada Kerajaan Pakatan Pembangkang.

Difahamkan sudah ada pemerhati yang berhasrat membuat tempahan awal tempat duduk supaya tidak terlepas peluang menghadiri sidang berkenaan. Liputan daripada media asing adalah juga dijangkakan.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak dijangka memberi perkenan Baginda bagi mengadakan sidang tersebut.

Berita-berita Terkini

MENANG: Mahkamah Persekutuan hari ini putuskan Speaker, V.Sivakumar tidak kuasa untuk mengantung Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kader dan Enam Anggota Exco dari hadiri sidang Dewan Negeri (DUN).

BERES: Datuk Seri S.Samy Vellu menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pusat hari ini dan MIC tidak akan menarik Menteri dan Timbalan Menterinya dari Kabinet. Isu tidak puas hati, tutup kes.

LANTIKAN: Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Sharizat Jalilh hari ini umum perlantikan Penolong Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan Pergerakan tersebut.

PERJUMPAAN: Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kader malam tadi mengadakan perjumpaan biasa di Ipoh dengan ADUN-ADUN BN. Juga dijemput ialah Tiga ADUN Bebas. Turut hadir bekas-bekas Menteri Besar Tan Sri Ramly Ngah Talib, yang juga bekas Speaker Dewan Rakyat dan Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Tan Sri Ghazali.

13 April 2009

Sabri Janji Menangani Harga Barang Naik


Jaminan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang baru, Datuk Ahmad Sabri Yaccob untuk berusaha bersungguh-sungguh menangani masalah kenaikan harga barang keperluan harian sangat-sangatlah dialukan.

Masalah kenaikan harga barang cukup membebankan rakyat dan rakyat sentiasa mempersoalkan kenapa harga barang keperluan tidak turun, sedangkan harga petrol dan diesel sudah pun turun?

Walaupun, tugas berat menanti Ahmad Sabri dalam menangani masalah tersebut, tetapi beliau yang Saya kenali adalah seorang yang gemar berdepan dengan cabaran.

"manusia yang mampu berdepan dengan masalah, dia akan berjaya untuk berdikari" fikir-fikirkan lah.

"hanya mereka yang ikhlas mampu memberi, kritikan yang membina." fikir-fikirkanlah.

12 April 2009

MIC mahu Tarik Diri daripada Kabinet

Pucuk Pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak seharusnya tunduk kepada sebarang ugutan daripada mana-mana Parti komponen yang mahu tambah wakil mereka dalam Kabinet.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga Pengerusi BN pusat diharap jangan bertolak ansur. Difahamkan MIC, dikatakan tidak berpuas hati dengan bilangan wakil mereka yang dilantik dalam barisan kabinet baru Najib.

Saya amat kesal jika benar dengan laporan dalam sebuah Akhbar tempatan, Berbahasa Inggeris yang mengatakan bahawa MIC, sedang menimbang cadangan supaya, seorang menteri dan dua timbalan menterinya menarik diri dari Kerajaan kerana merasakan mereka tidak lagi penting.

MIC dalam Kabinet baru yang diumumkan Najib baru-baru ini, diwakili oleh seorang Menteri, Datuk Dr S. Subramaniam yang dilantik semula di Kementerian Sumber Manusia. Dua Timbalan Menterinya ialah, Datuk M.Saravanan di Kementerian Wilayah Persekutuan dan Datuk S.K. Devamany di Jabatan Perdana Menteri, yang juga dilantik semula.

Berdasarkan prestasi MIC yang hanya menang tiga kerusi Parlimen dalam Pilihanraya UMUM ke 12 Mac 2008, Parti yang mewakili Masyarakat India, itu telah memperolehi 100 peratus dalam perlantikan yang dibuat oleh Perdana Menteri dalam Kabinet barunya.

Tetapi, MIC merasakan Kementerian Sumber Manusia bukanlah Jawatan Kanan dan telah meminta portfolio Kerja Raya yang sebelum ini pernah disandang oleh Presidennya Datuk S.Samy vellu hingga beliau tewas di Parlimen Sungai Siput pada Pilihanraya Umum lalu.

MIC sebelum ini juga pernah menyandang jawatan Menteri Pengangkutan oleh bekas Presidennya, mendiang Tan Sri V.Manickavasagam dan mereka agak kecewa kerana ada rakan komponen BN yang telah diberi kerusi tambahan dan portfolio yang baik.

Menurut laporan tersebut, jika pun mereka menarik diri daripada Kabinet, tetapi MIC tetap kekal dalam BN, cuma akan tumpu hanya kepada masyarakat India.

Di Perak, walaupun MIC gagal memenanggi sebarang kerusi di peringkat Dewan Negeri dalam Pilihanraya Umum, lalu, tetapi wakil mereka, Datuk S.Veerasingam telah dilantik menjadi Penasihat Kepada Menteri Besar Perak bertarah EXCO Kerajaan Negeri.

Difahamkan MIC juga telah meminta seorang pemimpin mereka dilantik sebagai Senator dan diberi jawatan Timbalan Menteri.

Selepas Kekalahan Tiga Kerusi Parlimen dan satu Dewan Negeri, Saya merasakan rakan-rakan komponen wajar mennjauhkan diri daripada berbalah, sebaliknya menumpukan kepada memperkuatkan lagi Jentera Parti bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 13.

Kecewa dengan RUSUHAN

Saya amat kecewa dengan kekacauan dan rusuhan yang melanda, negara jiran hingga menyebabkan Sidang ASEAN yang amat penting itu terpaksa dibatalkan.

Namun, syukur alhamdullilah kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Isteri, Datin Deri Rosman Mansur dan rombongan selamat pulang ke tanah air. Najib sendiri kecewa kerana tidak berpeluang menemui pemimpin-pemimpin yang hadir di sidang tersebut. Ia adalah tugas resmi beliau di luar negara, semenjak dilantik menjadi Perdana Menteri.

Persoalanya ialah apah kah, masyarakat antarabangsa yang seringkali menuntut keamanan dan kesejahteraan sejagat, tetapi pada masa yang sama, terjebak dengan rusuhan dan kekacauan?

Kita bimbang, perkara buruk seperti ini jika tidak dibendung, apa jua sidang antarabangsa yang diatur akan menghadapi kegagalan dan akhirnya merugikan semua kerana banyak masalah yang tertangguh.

Begitupun, pujian seharusnya diberikan kepada pihak berkuasa Thailand kerana berjaya menyelamatkan pemimpin-pemimpin negara asing yang hadir di sidang tersebut, keluar dari pattaya untuk pulang ke negara masing-masing.

Kita mendoakan,agar gelora yang sedang melanda negara jiran kita itu dapat segera dipulihkan, moga-moga apa yang berlaku itu dijadikanlah iktibar kepada kita yang tinggal di Malaysia.

10 April 2009

Team Masa Depan Negara


Tan Sri Muhyddin Yassin menjadi Timbalan Perdana Menteri yang diberi tanggung jawab besar mengetuai Kementerian Pelajaran oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam pembentukan Kabinet barunya.

Saya percaya, Najib pasti yakin dengan Muhyiddin jika tidak masakan beliau diserahkan tanggung jawab di Kementerian berkenaan, yang sering menjadi kontrovesi. Muhyiddin adalah seorang yang berpengalaman luas kerana pernah berada di beberapa Kementerian sebelum ini di bawah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Samalah juga dengan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang diberi kepercayaan oleh Najib di Kementerian Dalam Negeri, satu lagi Kemenerian yang sebelum ini disandang samada Perdana Menteri atau Timbalannnya.

Dalam pengumuman kabinet baru Najib, beberapa orang kenalan Saya semasa menjadi Ahli Parlimen, turut juga diberi kepercayaan menjadi Menteri. diantaranya, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadziah, Ahli Parlimen Tambun (Kementerian Kewangan 11), Datuk Anifah Aman, Ahli Parlimen Kimanis (Kementerian Luar) dan Datuk Kong Cho Ha, Ahli Parlimen Lumut (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan).

Mereka yang dikekalkan pula diantaranya ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datoh (Kementerian Pertahanan), Datuk Seri Shafie Apdal, Ahli Parlimen Semporna (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), Datuk Ahmad Shabery Cheek (Kementerian Belia dan Sukan), Senator Datuk Seri Shahrizat Jalil (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang (Kementerian Pengajian Tinggi), Datuk Noh Omar, Ahli Parlimen Tanjung Karang (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani), Datuk Mustapa Mohamed, Ahli Parlimen Jeli (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Ismail Sabri Yaakob (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, Ahli Parlimen Jelebu (Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan) dan Datuk Shaziman Abu Mansor, Ahli Parlimen Tampin (Kerja Raya).

Sementara yang dilantik Timbalan Menteri pula ialah Datuk Razali Ibrahim, Ahli Parlimen Muar yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia (Kementerian Belia dan Sukan) dan Datuk Rosnah Rashid Shirlin, Ahli Parlimen Papar yang juga Ketua Puteri (Kementerian Kesihatan).

Manakala yang dikekalkan Timbalan Menteri diantaranya ialah Datuk Dr Wee Ka Siong (Kementerian Pelajaran), Jelaing Anak Mersat (Kementerian Dalam Negeri), Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Jabatan Perdana Menteri), Datuk Joseph Salang Gandum (Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan), Datuk Johari Baharum (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani), Datuk S.K. Devamany (Jabatan Perdana Menteri), Datuk Abdul Rahim Bakri (Kementerian Pengangkutan), Datuk Rohani Abdul Karim (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani), Datuk Robert Lau Hoi chew (Kementerian Pengangkutan), Noriah Kasnon (Kementerian Tenaga,Teknoloigi Hijau dan Air), Datuk Jacob Dungau Sagan (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ( MITI), Datuk Dr Abdull Latiff Ahmad (Kementerian Pertahanan), Datuk Tan Lian Hoe (Kementerian Perdangagan Dalam dan Hal Ehwal Pengguna), Datuk Chor Chee Heung (Kementerian Kewangan), Datuk Hassan Malek (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), Datuk Fadillah yusof (kementrian Sains, Teknologi dan Innovasi) dan Datuk Yong Khoon Seng (Kementerian Kerja Raya).

Turut Kembali ialah Datuk Dr Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kewangan, Datin Paduka Chew Mei Fun (kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. kedua-duanya dilantik Senator.

Senator Datuk Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin yang dilantik Menteri Wilayah Persekutuan adalah kenalan Saya semasa sama-sama menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian.

Dua lagi muka baru yang turut dilantik ialah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, yang saya kenali ketika sama-sama berada di dalam Biro Antarabangsa UMNO Malaysia selaku Timbalan Menteri MITI dan Dr Mohd Puad Zarkashi, Ahli Parlimen Batu Pahat, Timbalan Menteri Pelajaran.

Tahniah dan Syabas serta Selamat Bertugas untuk masa depan Negara. di bahu mereka kini, tergalas tanggung jawab besar sebagai pasukan pimpinan Najib untuk memacu kejayaan yang diharapkan oleh rakyat jelata.

Dosa Fitnah Amat Besasr

Jauhilah daripada membuat fitnah, kerana memfitnah itu dosanya lebih besar daripada membunuh. Renungan hari Jumaat. Fikir-fikirlah kebaikan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berkempen di Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang pernah menegaskan bahawa jangan membuat dosa kering dengan cara memfitnah.

9 April 2009

Kabinet baru Memacu Masa Depan Negara


Kebinet baru Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang diumumkan hari ini dilihat mampu memacu kecermelangan bagi masa depan Negara.

Perlantikan TanSri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan beberapa muka baru dalam kabinet amatlah di alu-alukan.

Sudah tentu ada sesuatu yang istimewa dan diharapkan oleh Najib bila meletakan orang nombor 2nya, Muhyddin dalam Kementerian Pelajaran.

Apapun Syabas dan Tahniah Najib dan barisan Kabinet barunya.

Terkini 3 ADUN sah

Mahkamah persekutuan putuskan tiga ADUN, 2 PKR dan 1 DAP yang lompat jadi bebas (sokong BN) masih ADUN sah.

5 April 2009

Dr Mahathir Kembali


Selamat kembali diucapkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamed dan Tun Dr Siti Hasmah, semoga UMNO akan terus kuat,mantap dan unggul sebagai parti terulung membela dan memperjuangkan nasib bangsa agama dan Negara.

Saya percaya seluruh ahli Parti gembira dan mengalu-alukan kemasukan semula bekas Perdana Menteri dan Isteri ke dalam UMNO. Ia sebagai petanda yang baik bagi masa depan Negara, terutama selepas perlantikan Datuk Seri Mohad Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru.

Dr Mahathir dan Isteri telah menyerahkan borang menyertai semula UMNO kepada Najib yang juga Presiden UMNO di kediaman beliau pada hari sabtu, 4hb April, sambil disaksikan oleh Keluarga terdekat, termasuk Datuk Mukhriz, yang juga Ahli Parlimen Jerlun.

Kemasukan semula Dr Mahathir dilihatakan bertepatan dengan usaha Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Negeri Selambau, Kedah serta mempertahankan Kemenangan di Dewan Negeri Batang Ai. Sarawak dalam Pilihanraya Kecil pada 7hb April.

Kemasukan semula Dr Mahathir mestilah dilihat dari sudut yang positif oleh semua pihak termasuk di pihak Pembangkang.

Dr Mahathir dijadualkan turut membantu ceramah BN di Bukit Gantang pada 6 April. Ribuan dijangka hadir termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO yang juga Pengerusi Jentera Pilihanraya BN.

3 April 2009

Tahniah Najib PM Baru M'sia


Tahniah Diucapkan kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, hari ini dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke enam.

Terima Kasih juga diucapkan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di atas segala khidmat beliau sebelum ini, sebagai Perdana Menteri, selepas Tun Dr Mahathir Mohamed.

Rakyat Malaysia mengalu-alukan perlantikan Datuk Seri Najib dan berdoa agar Negara terus Maju, Aman dan Sejahtera. Kita juga berdoa agar beliau mampu mengembalikan semula kestabilan politik dan ekonomi Negara.

Datuk Seri Najib adalah Seorang Pemimpin yang tidak asing kepada Masyarakat serantau kerana pernah menerajui beberapa Kementerian dan ramai yang percaya diatas kemampuan beliau untuk membawa perubahan.

Begitupun, beliau seorang tidak akan menjamin apa yang diharapkan itu akan mencapai kejayaan tanpa kerjasama semua pihak termasuk Pembangkang. Kita tidak menolak kehadiran Pembangkang, tetapi biarlah Pembangkang yang mampu memberi pandangan dan kritikan yang membina.

Dengan gandingan Tan sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden dan bakal Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baru, Kita percaya ia dapat membantu Datuk Seri Najib untuk membawa Malaysia ke peta Dunia yang lebih hebat dan dihormati.

Datuk Seri Najib merupakan anak kedua dari Pekan, Pahang dilantik menjadi Perdana Menteri, selepas Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein manakala Tan Sri Muhyiddin adalah Timbalan Presiden dari Johor selepas era Tun Musa Hitam.

Selepas Datuk Seri Najib kini sah menjadi Perdana Menteri, ramai yang ternanti-nanti siapa kah pula bakal dilantik barisan Kabinet baru Beliau. Kita tunggu barangkali pada 8 April ini?