Template by:
Free Blog Templates

17 April 2009

BERITA TERKINI

Sidang Dewan Negeri (DUN) Perak dijadualkan pada 7 Mei 2008 di Dewan Negeri, Bangunan Setiausaha Kerajaan, Jalan Panglima Bukit Gantang, Ipoh.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dijadualkan berangkat merasmikan pembukaan persidangan pada hari Khamis. Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kader dan Anggota EXCO Kerajaan dan ADUN juga akan hadir.

DUN Perak mengandunggi 59 Kerusi. Barisan Nasional (BN) kini mempunyai 28 wakil, Bebas Tiga manakala di pihak Pembangkang, DAP 18, Keadilan 5 dan Pas 6.

Selepas Pilihanraya Umum Mac 2008, Perak ditadbir oleh Kerajaan Pakatan Pembangkang hinggalah Februari lalu, BN berjaya kembali Memerintah.


TOL:

Perdana Menteri,Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, telah mengarah EPU cadangkan pada Kerajaan satu penyelesaian komprehensif tangani masalah kenaikan kadar tol yang merupakanm bebanan pada rakyat.


BALIK ke ASAL:

Berita utama (Bahasa Melayu) TV1 yang sebelum ini dipindah ke jam 9 malam akan kembali bersiaran pada pukul 8 malam mulai Isnin ini. - Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin.

2 comments:

add said...

1.Pastikan siaran langsung bermula pintu dewan dibuka untuk melihat perebutan kerusi dalam dewan nanti datuk.
2.Kenapa ir mohd zin dibuang dari kabinet dsn. Bila ir mohd zin jaga JKR, banyak tol dihapuskan dan akan kaji konsesi tol... sebab ir mohd zin tak makan % kot tu yang boleh turunkan tol.

Datuk Raja Ahmad.

Saya mohon kepada kerajaan negeri yang akan buat jom heboh di lumut pada minggu depan sempena pertabalan bandar lumut bandar tentera laut, konsert jom heboh dibatalkan. cuma yang ada hanyalah booth jualan sahaja. demi untuk menjaga pentadbiran BN dari dicemuh oleh pihak pembangkang serta menyuburkan daulah islamiah di negeri kita yang tercinta ini.

3.Berita akan balik pada waktu asal tahniah menteri baru...Risau takut nanti bolasepak akan bermula 10 malam je lepas semua orang dah balik sembahyang isyak,,,arahan menteri sukan baru...

mej.pencen bt kurau said...

salam dato! tahniah kerana bn kembali
dapat mentadbir negeri pk yang tercinta ini.namun saya amat berharap
adun bn tidak lagi menunjuk kan sikap terjerit2 dan tidak menunjuk kan sikap tidak propesional sewaktu berucap dan cuba menghormati adun2 PKR ketika ingin mencelah atau berhujah dalam satu2 isu.saya amat sedih melihat adun2 kita( BN) KETIKA
sidang yang telah lalu. terima kasih.