Template by:
Free Blog Templates

16 April 2009

Sidang Dewan Perak

Sidang Dewan Negeri Perak dijangka akan diadakan dalam masa terdekat, barangkali awal bulan depan. Ini ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan yang telah memutuskan bahawa Speaker tiada kuasa untuk mengantung Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kader dan Enam Exco Kerajaan Negeri daripada menghadiri sidang DUN.

Sidang DUN mesti diadakan selewat-lewatya pada 13 Mei iaitu enam bulan daripada tarikh terakhir DUN bersidang pada bulan November yang lalu.

Sidang kali ini pasti menarik perhatian ramai kerana ia adalah yang pertama kali diadakan selepas Barisan Nasional (BN) berjaya kembali mengambil alih kuasa mentadbir Negeri Perak, awal bulan Februari lalu daripada Kerajaan Pakatan Pembangkang.

Difahamkan sudah ada pemerhati yang berhasrat membuat tempahan awal tempat duduk supaya tidak terlepas peluang menghadiri sidang berkenaan. Liputan daripada media asing adalah juga dijangkakan.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak dijangka memberi perkenan Baginda bagi mengadakan sidang tersebut.

1 comments:

add said...

Pastikan jurugambar astro awani masuk dulu daripada adun adun perak kerana rakyat nak tengok DR zambri dan Penderhaka berebut kerusi MB serta exco derhaka dengan exco sah.