Template by:
Free Blog Templates

12 April 2009

MIC mahu Tarik Diri daripada Kabinet

Pucuk Pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak seharusnya tunduk kepada sebarang ugutan daripada mana-mana Parti komponen yang mahu tambah wakil mereka dalam Kabinet.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga Pengerusi BN pusat diharap jangan bertolak ansur. Difahamkan MIC, dikatakan tidak berpuas hati dengan bilangan wakil mereka yang dilantik dalam barisan kabinet baru Najib.

Saya amat kesal jika benar dengan laporan dalam sebuah Akhbar tempatan, Berbahasa Inggeris yang mengatakan bahawa MIC, sedang menimbang cadangan supaya, seorang menteri dan dua timbalan menterinya menarik diri dari Kerajaan kerana merasakan mereka tidak lagi penting.

MIC dalam Kabinet baru yang diumumkan Najib baru-baru ini, diwakili oleh seorang Menteri, Datuk Dr S. Subramaniam yang dilantik semula di Kementerian Sumber Manusia. Dua Timbalan Menterinya ialah, Datuk M.Saravanan di Kementerian Wilayah Persekutuan dan Datuk S.K. Devamany di Jabatan Perdana Menteri, yang juga dilantik semula.

Berdasarkan prestasi MIC yang hanya menang tiga kerusi Parlimen dalam Pilihanraya UMUM ke 12 Mac 2008, Parti yang mewakili Masyarakat India, itu telah memperolehi 100 peratus dalam perlantikan yang dibuat oleh Perdana Menteri dalam Kabinet barunya.

Tetapi, MIC merasakan Kementerian Sumber Manusia bukanlah Jawatan Kanan dan telah meminta portfolio Kerja Raya yang sebelum ini pernah disandang oleh Presidennya Datuk S.Samy vellu hingga beliau tewas di Parlimen Sungai Siput pada Pilihanraya Umum lalu.

MIC sebelum ini juga pernah menyandang jawatan Menteri Pengangkutan oleh bekas Presidennya, mendiang Tan Sri V.Manickavasagam dan mereka agak kecewa kerana ada rakan komponen BN yang telah diberi kerusi tambahan dan portfolio yang baik.

Menurut laporan tersebut, jika pun mereka menarik diri daripada Kabinet, tetapi MIC tetap kekal dalam BN, cuma akan tumpu hanya kepada masyarakat India.

Di Perak, walaupun MIC gagal memenanggi sebarang kerusi di peringkat Dewan Negeri dalam Pilihanraya Umum, lalu, tetapi wakil mereka, Datuk S.Veerasingam telah dilantik menjadi Penasihat Kepada Menteri Besar Perak bertarah EXCO Kerajaan Negeri.

Difahamkan MIC juga telah meminta seorang pemimpin mereka dilantik sebagai Senator dan diberi jawatan Timbalan Menteri.

Selepas Kekalahan Tiga Kerusi Parlimen dan satu Dewan Negeri, Saya merasakan rakan-rakan komponen wajar mennjauhkan diri daripada berbalah, sebaliknya menumpukan kepada memperkuatkan lagi Jentera Parti bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 13.

1 comments:

Anonymous said...

Semoga Tulisan dato ini akan di baca oleh Pm, Tpm ,MB, moga-moga mereka akan bersimpati dengan:

1.Memberi jawatan kepada dato seperti jawatan yang di janji kan oleh mantan MB.

2.Muka dato akan di tampal sekali lagi kat tiang-tiang letrik pada pru 13 nanti.