DYMM Paduka Sultan Azlan Shah menyampaikan titah ucapan yang cukup menarik perhatian dan menyengat semasa majlis penganugerahan darjah kebesaran sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda di istana Iskandariah, Kuala kangsar hari ini.
Baginda antara lain membidas tindakan kumpulan politik tertentu yang sampai ke peringkat menghasut rakyat untuk mencetuskan huru hara selain turut mencemari institusi Raja.
Baginda juga bertitah bahawa baginda sentiasa mendengar dan mengikuti setiap perkembangan yang berlaku dan seseorang Raja sebenarnya berada di atas politik dan tidak boleh turun untuk berdebat dengan terbuka.
Terdahulu, dalam persembahan ucapan taat setia bagi pihak Raja-Raja bergelar, Raja Muda Perak, Tuanku Raja Nazrin Shah bertekad untuk pastikan institusi Beraja di Negara ini terus dipertahan dan tidak dipersendakan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kader ketika berucap turut menyatakan kesungguhan Kerajaan pimpinaannya membawa kemajuan sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat dan Baginda Sultan.
3 comments:
Daulat Tuanku. Mohon bubar DUN Perak. Mengapa perlu bersekongkol dengan Umno yang mencalarkan maruah melayu. Apakah salah untuk tuanku memberi penjelasan pada rakyat di atas keputusan yang tuanku buat? Terlalu hina kah rakyat ini, hingga mesti menerima apa saja yang tuanku putus kan? Nabi Muhammad lagi pun menjelaskan,apalah tuanku hanya raja di bumi yang sementara ini.Tiada orang melayu yang mencabar kedaulatan raja-raja. Kami hanya ingin tahu, mengapa sebegini rupa? Maaf kerana berbahasa. Ini lah rintihan rakyat yang rata-rata juga berilmu dan beramal.
DAULAT TUANKU !!!
DAULAT TUANKU !!!
DAULAT TUANKU !!!
Menjunjung Kasih.
changkat lobak
arjuna waspada
YB, orng melayu memang menjunjung tinggi institusi raja, tapi insiden yang berlaku diPerak telah banyak mengubah pandangan rakyat. Institusi raja sepatutnya neutral yang mana dengan kekal begitu sendirinya akan tambah meningkatkan darjat institusi itu.
Rakyat dapat melihat kebobrokan parti dan orang-orang UMNO patut tanya diri sendiri bukan menuding jari kepada rakyat sebagai tidak menghormati raja...
Post a Comment