Template by:
Free Blog Templates

24 April 2009

DUN Perak 7 Mei Menjadi Tarikan

Ramai yang bertanyakan Saya apakah sidang Dewan Negeri (DUN) Perak 7 Mei ini akan tetap diadakan? Apa kah akan ada kejutan?

Jawapan Saya amat positif, sidang JADI dan Saya telahpun menerima notis sidang tersebut yang dihantar oleh Setiuasaha Majlis.

Turut bertanya ialah Datuk Rahim Md Ariff, Setiausaha Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan bekas Penasihat Undang-Undangnya. Beliau adalah seorang pegawai yang cukup perhatin dengan perjalanan sidang dewan dan sentiasa hadir, terutama mewakili Datuk Bandar.

Banyak juga isu mengenai MBI yang dibangkit dan dibahaskan oleh ADUN. Saya juga sempat bertanyakan kepada Rahim samada perlantikan Ahli-Ahli MBI yang baru telah dibuat. Namun katanya, Kerajaan Negeri sementara menunggu perlantikan tersebut, telah memberi kebenaran kepada Datuk Bandar, beliau dan Bendahari MBI untuk menjalankan tugas melulus projek-projek bagi menggelak kelewatan perlaksanaan.

Saya sempat bergurau dengan beliau,selepas makan tengahari, selepas solat jumaat tengahari tadi, samada MBI bercadang menggurangkan cukai? beliau hanya tersenyum. Apa pun kata Saya tahniah kepada Datuk Bandar, Haji Rashdi Hashim yang telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk sempena Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak ahad lalu. Rashdi adalah bekas Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Perak.

Sidang 7 Mei ini adalah yang pertama DUN Perak semenjak Barisan Nasional (BN) mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri, bulan Februari, tahun ini daripada Kerajaan Pakatan Pembangkang. Sidang kali ini pasti mendapat perhatian rakyat Perak terutamanya dan juga masyarakat luar.

Sidang ini, juga Saya difahamkan akan mendapat liputan luas media tempatan dan asing. Sebelum ini, sidang bawah pokok oleh pihak Pembangkang juga mendapat perhatian ramai.

Mengenai pas masuk ke sidang DUN, pihak Majlis Saya percaya sedang menguruskannya, agar tidak berlaku kesesakan. Mereka yang tidak berpeluang menyaksikannya secara dekat, barangkali pihak berkenaan akan mengadakan siaran langsung melalui internet, sebagaimana sidang terdahulu.

Saya difahamkan, pihak berkenaan, yang akan bermesyuarat dalam masa terdekat ini, akan memaklumkan mengenai permohonan mendapatkan pas masuk sidang dewan.

Baginda Sultan Perak yang telah memperkenankan sidang DUN 7 Mei akan berangkat melakukan majlis perasmian tesebut di perkarangan Dewan Negeri di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jalan Panglaima Bukit Gantang Wahab, Ipoh..

Ini adalah kali kedua Tuanku Sultan berangkat meresmikan sidang tersebut selepas Pilihanraya Umum 2008. DUN perak mempunyai 59 kerusi. mengikut pecahan, BN (kekal dengan 28 kerusi), DAP daripada 18 kepada 17, Keadilan daripada 7 kepada 5 dan PAS kekal 6. BEBAS kini mempunyai 3 orang iaitu dua daripada Keadilan dan satu dari DAP.

Saya tidak menolak sidang dewan kali berlangsung dalam keadaan panas kerana Kerajaan Negeri terdahulu kini telah bertukar menjadi Pembangkan.

Apa pun sama-sama lah kita tunggu dan lihat. Nasihat Saya setiap Ahli mempunyai amanah dan tanggung jawab, maka laksanakanlah ia mengikut kepercayaan yang telah diberikan oleh pengundi di kawasan masing-masing.

Berikan pandangan dan pendapat yang berfaedah, jauhkan lagi percakaran. Gunakanlah kebebasan bercakap mengikut lunas-lunas demokrasi yang diamalkan. Bersikaplah secara rasional dan bukan mengikut emosi.

0 comments: