Template by:
Free Blog Templates

30 April 2010

Hargai yang dahulu





Rakan-rakan dalam parti UMNO harus menghargai jasa dan perjuangan mereka yang terlebih dahulu banyak berkorban dalam perjuangan bangsa, agama dan negara.

Walaupun kesetiaan mereka tidak dipertikaikan hingga ke saat ini, tetapi kita wajarlah juga memberi perhatian sekurang-kurangya khabar dan mengambil tahu kebajikan mereka.

Semalam saya mengambil kesempatan melawat Jamaudin Bin Hashim, 79 tahun dan Ahmad Bin Yaacob, 78 yahun di Felda Ijok.

Saya juga melawat sepasang warga emas, Md Nor Bin Sarip, 85 tahun yang merupakan diantara peneroka terawal Felda.

Saya terharu dan kagum dengan ketabahan Md Nor dan Isteri kerana mereka cuma tinggal berdua di rumah tersebut.

Mereka amat terharu diatas kunjungan saya yang mahu bertanya khabar mengenai mereka.

Saya berharap jabatan kebajikan (JKM) dapat membantu mereka dan ketua kampung Felda, Haji Shukur Jaman telah pun mengemukakan pemohonan.

Futsal di RTBK




Hasrat Remaja Rancangan Tanah Belia Khas (RTB) Pondok Tanjung untuk bermain futsal akhirnya tercapai apabila Kementerian Belia dan Sukan meluluskan sebuah gelanggang.
Tengahari tadi, bersama Pembantu Belia dan Sukan Daerah Kecil Selama, Wan Naizi bin haji Omar Saya melawat tapak tersebut yang dicadangkan oleh Ketua Kampung RTBK, Ismail Hashim.

Selain kegunaan futsal, gelanggang yang bernilai RM 150,000 mengandunggi gelanggang Bola Tampar dan Sepak Takraw.

Kontraktor untuk projek itu telahpun dipilih dan kerja pembinaan gelanggang futsal yang lengkap dengan lampu limpah akan dimulakan sebaik kelulusan tapak itu diperolehi.


Setakat ini, gelanggang futsal yang telah dibina di DUN Kubu Gajah ialah di Tebing Tinggi, RPT Kubu Gajah dan Felda Ijok.


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir ketika melawat DUN Kubu dan Selama mengumumkan hasrat Kerajaan Negeri beliau untuk mewujudkan seberapa banyak gelanggang futsal.

29 April 2010

Pelajar Perempuan Terpaksa Tangguh Persekolahan




Semalam, Saya melawat seorang Pelajar, Shahirah Balkis binti Mustafa, 16 tahun yang terpaksa menangguhkan buat sementara persekolahannya kerana sakit buah pinggang.


Ketika sampai di rumahnya di Kampung Tersusun Redang Panjang, pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Redang Panjang itu baru sahaja pulang daripada Hospital,menjalani rawatan dengan ditemani ibunya.


Berita mengenai sakit Shahirah telah dimaklumkan kepada Saya oleh Yang diPertua PIBG Sekolah berkenaan, Norazman Haji Mokhtar yang juga Ketua Kamung Kampung Mesjid, Ijok.


PIBG telah melancarkan tabung bantuan kepada Shahirah. Saya juga sedang berusaha untuk meringankan kos perubatan beliau yang juga anak kepada bekas seorang Tentera.


Permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah dibuat dan hanya menunggu jawapan.


Saya juga melawat warga emas, dua beradik, Che Jah bt Lahoma, 83 tahun dan Rahmah, 67 tahun yang tinggal serumah di Kampung Mesjid, Ijok. Kedua-duanya amat gembira menerima kehadiran Saya.

Rumah diancam tebing sungai runtuh




Masalah rumah di tepi tebing sungai cukup membimbangkan saya. Saya telah berulang kali membangkitkan perkara tersebut di mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) meminta agar JPS mengambil tindakan segera bagi menggelakan sebarang kejadian yang tidak diingini.


Petang tadi, Saya meninjau keadaan rumah Abu Hassan bin Hashim, 62 tahun di batu 20 yang berada dalam keadaan bahaya jika tebing sungai runtuh akibat hakisan.


Jarak rumah beliau hanya dua meter daripada tebing sungai. Sebelum ini, jaraknya lebih daripada 20 meter, tetapi akibat hakisan keadaannya berubah. Perkara itu, telahpun dimaklumkan kepada JPS oleh Ketua Kampubg, Haji Mat Isa, tetapi tiada sebarang tindakan.


Abu Hassan mendirikan rumah di tapak miliknya sendiri dan bukan tanah simpanan mana-mana Agensi Kerajaan.

k dinafikan, banyak juga rumah yang didirikan di atas tanah simpanan juga dalam keadaan bahaya akibat daripada ancaman tebing sungai runtuh.


Saya akan membangkitkan perkara ini sekali lagi di Mesyuarat Tindakan Daerah yang kebetulan diadakan besok. Sebelum ini, Saya telah membawa mengenai hal tebing sungai rebak di Redang Panjang dan beberapa tempat lagi seperti di Kampung Teras dan Kampung Bendang Luas, Ijok.


28 April 2010

Sejarah, Persidangan Cawangan UMNO Perak serentak

Sejarah, perasmikan pesidangan serentak cawangan-cawangan UMNO di seluruh Negeri pada 8 Mei ini.

Ia akan membabitkan 1,666 cawangan di 24 buah Bahagian UMNO di Perak dan jika setiap cawangan menghantar sekurang-kurangnya 4 orang ahli bermakna, melibatkan seramai 6,664 orang ahli terdiri dari Ketua-Ketua Cawangan, Pemuda, Wanita dan Puteri.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Pertahanan dijadualkan meresmikan persidangan serentak itu di Stadium Indera Mulia, Ipoh jam 9 pagi.

Mesyuarat bagi tujuan penyelarasan persidangan itu akan diadakan besok di Pejabat UMNO Negeri yang melibatkan Setiausaha-Setiausaha UMNO Bahagian yang dipanggil oleh Setiausaha Perhubungan, Datuk Kushairi Talib.

Ketua Kampung Kecewa Anak Buah Tak Dapat Bantuan





Masih ada Ketua Kampung di DUN Kubu Gajah yang mengadu kepada Saya banyak permohonan yang dikemukakan oleh beliau kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) belum diperolehi jawapanya, samada berjaya atau gagal.


Permohonan itu telah dibuat sekian lama dan ada juga yang telah berulang kali dibangkitkan kepada pihak berkenaan, termasuk pada hari lawatan Menteri Besar Perak ke DUN Selama tempuh hari, katanya beliau sendiri yang berjumpa dengan pegawai berkenaan, tetapi sudah hampir sebulan, beluam ada apa-apa jawapan.


Saya akan bangkitkan perkara ini dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Khamis ini kerana ada juga kes-kes penerima bantuan termasuk warga emas dan ibu tunggal yang bantuan mereka telah ditarik balik tanpa sebarang sebab.


Barangkali Saya juga akan bawa perkara ini ke pengetahuan Menteri yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya.


Ketua Kampung berkenaan berharap usaha beliau itu berhasil jika tidak nanti masyarakat akan beranggapan beliau tidak melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.


Petang tadi, Saya ambil kesempatan melawat beberapa orang warga emas yang uzur di Kampung Sungai Simpul, Sungai Jernih, Ijok. Mereka ialah Mohamed Rasidi bin Awang Kecik, 72 tahun, Mohamed Zaman bin Taib, 75 tahun dan Mat Piah bin Hamid, 91 tahun.


Selain itu Saya juga melawat seorang Ibu tunggal, Siti Zainab binti Abdullah, 56 yang menyara anak- anaknya termasuk seorang oku dan ada juga yang terpaksa berhenti sekolah.


26 April 2010

Kemenangan BN Semakin Mendapat Tumpuan

Di mana-mana sahaja, Masyarakat mula bercakap mengenai kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor semalam.

Calon BN, P. Kamalanathan berjaya menewaskan Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim, yang juga bekas Menteri Kabinet.

Mereka berpendapat, kemenangan itu membuktikan bahawa kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan dasar-dasar yang diperkenalkannya, semakin diterima oleh rakyat.

Pengundi Hulu Selangor menolak Pembangkang kerana merasakan bahawa parti itu gagal menjalankan amanah yang telah diberikan kepada mereka selepas menang pada Pilihanraya UMUM (PRU) yang lalu.

Datuk Seri Najib selepas mengambil alih kepimpinan BN dan Negara, telah membuktikan hasarat beliau dan Kerajaan pimpinannya untuk membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat semua peringkat dan kaum.

Cara kepimpinan Datuk Seri Najib yang gemar mendekati rakyat dengan turun ke padang amat disenangi oleh masyarakat. Sehubugan dengan ini, Datin Seri Rosman Mansur juga membantu memainkan peranan sebagai isteri seorang Pemimpin yang turut mengambil berat kebajikan masyarakat terutama golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Begitupun, kemenagnan BN dilihat sebagai satu permulaan untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat, selepas prestasi yang tidak memberangsangkan pada PRU 2008.

Juteru, Ahli-ahli BN janganlah cepat bersikap terlalu yakin, kerana sedang menunggu selepas ini ialah PRK Parlimen Sibu di Sarawak.

Hindarkanlah majlis berupa pesta, sebaliknya memadai dengan mengadakan majlis kesyukuran dan mengucapkan terima kasih kepada pengundi Hulu Selangor dan Jentera BN yang telah bekerja keras mempastikan kemenangan.

keputusan semalam setidak-tidaknya memberi gambaran sebenar kekuatan BN dan jadikan ia sebagai iktibar dan panduan kepada jentera parti dalam menghadapi PRK Sibu dan juga PRU ke 13.

Semoga kerjasama dan sepakat serta permufakatan rakan-rakan komponen BN akan lebih kuat selepas ini, kerana obor yang sama pasti akan dibawa oleh mereka untuk mempertahankan kerusi Sibu.

Parlimen Hulu Selangor adalah yang pertama dimenanggi oleh BN selepas gagal berbuat demikian di PRK Parlimen Kuala Trengganu dan Bukit Gantang (Pas- menang) serta Permatang Pauh (PKR- menang).

Diperingkat DUN pula, BN cuma menang tiap-tiap satu di Negeri Sarawak dan Negeri Sembilan, selainnya dimenanggi oleh samada PAS atau PKR.

25 April 2010

Tahniah Najib, Muhyiddin, Kamalanathan BN Menang


Tahniah dan tahniah kepada Calon Barisan Nasional (BN) P. Kamalanathan yang telah berjaya memenanggi Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor dengan mengalahkan Calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dengan majroti 1,725 undi.

Tahniah juga diucapkan kepada Perdana Menteri,Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga Pengerusi BN Pusat dan Timbalannya, Tan Seri Muhyiddin Yassin yang bekerja keras untuk mempastikan kemenangan BN.

Jarang-jarang berlaku seorang Perdana Menteri turun berulang kali dalam mana-mana PRK, tetapi berbanding dengan Datuk Seri Najib yang mahu mempastikan kemenangan kali ini berpihak kepada BN.

Hasrat Perdana Menteri itu amat kita fahami kerana sebelum ini dalam PRK yang diadakan, BN gagal memenanggi di Permatang Pauh, Bukit Gantang dan Kuala Trengganu. Pada Pilihanraya UMUM 2008 BN menang di Kuala Trengganu.

Kejayaan BN merampas semula kerusi Huu Selangor ini menjadi pembakar semangat dan haluan baru kepada BN untuk menghadapi PRU ke 13. Bukan itu sahaja, undi yang diperolehi kali ini lebih besar berbanding dengan kekalahan kecil pada PRU 2008.

Ternyata rakyat semakin menerima kepimpinan Datuk Seri Najib yang menjadikan 1 Malaysia dan rakyat didahulukan serta Pencapaian diutamakan, sebagai pegangan bagi menjain Negara Maju, Aman dan Makmur.

Begitupun, kemenangan BN ini hanya satu permulaan kerana perjalanannya masih lagi jauh menjelang PRU ke 13 yang lebih penting bagi menentukan hala tuju BN. Selepas ini BN akan diuji sekali lagi di Parlimen Sibu, Sarawak

Perletakan jawatan beberapa orang tokoh pembangkang yang bertindak menjadi Ahli bebas samada di peringkat Parlimen mahupun DUN, jelas era keretakan PKR.

Begitu juga dengan perletakan jawatan tokoh wanita parti tersebut dan ramai lagi juga mendorong dan menjejaskan kekuatan parti tersebut.

Tahniah juga diucaspkan kepada seluruh jenera BN yang bekerja dalam satu pasukan. Demikian lah juga kepada BN Perak yang diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir yang turut bekerja keras termasuk pada saat-saat akhir semalam di Felda Gendangsa.

Diharap BN wajar juga mengadakan bedan siasat sekalipun menang pada PRK di Hulu Selangor kerana ini penting sebagai pedoman untuk menghadapi piihanraya yang akan datang.

Kemas Agensi Penting






Kemas disarankan terus bertindak sebagai agensi penting Kerajaan dalam memimpin masyarakat di luarbandar untuk menyahut program pembangunan.

Justeru, diharapkan Pegawai dan Kakitangan Kemas sentiasa turun ke padang mendekati rakyat melalui program bersama rakyat.

Saya amat menghargai peranan yang dimainkan oleh Kemas sebagai agensi terpenting Kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasar Kerajaan.

Tengahari tadi, Saya meresmikan majlis penutup dan penyampaian hadiah program Kemas bersama rakyat peringkat DUN Batu Kurau di Taman Kota Wira.

Program yang sama juga akan dianjurkan oleh Kemas peringkat DUN Kubu Gajah dan Selama tidak lama lagi.

Lebih 500 orang peserta menyertai program tersebut yang melibatkan pelbagai acara termasuk sukanika yang diketuai oleh Ketua UMNO Cawangan Kota Wira, Abd. Sidek bin Mat.

Tidak menghampakan penduduk Titi Ijok












Walaupun balik subuh daripada kempen Pilihanraya Kecil (PRK) hulu Selangor, lewat pagi, tetapi Saya tidak menghampa program bersama penduduk-penduduk di Kampung Titi Ijok dalam DUN Kubu Gajah tengahari tari.


Di majlis tersebut Saya telah meminta penduduk memberi kerjasama dalam menjamin kelancaran pembanguan di kampung-kampung termasuk memberi izin keatas tanah mereka untuk tujuan tersebut.


Perlaksanaan projek Kerajaan kadangkala terkendala kerana tidak mendapat keizinanan tuan punya tanah.


Di majlis tersebut masalah Titi, Dewan, isu tapak kediaman, bantuan KWAMP, jalan ke rumah dan gaji kakitangan Ladang.


Dengan bermotosikal Saya masuk melawat kampung Titi Ijok termasuk Rumah Ibu Tungal, Inah binti Anang, 40 tahun yang mohon bantuan prokek PPRT, Warga Emas, Minah binti Dahalan, 80 tahun yang juga Ibu Tunggal, Warga Emas Rahimah binti Manap, 72 tahun juga Ibu Tungggal dan Saerah binti Karim, 61 tahun, seorang OKU dan Ibu Tunggal.


Kebayakan mereka mohon mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan ada juga yang mengadu, telah mohon tetapi hingga sekarang belum mendapat jawapan.


Bagi Saerah yang cacat penghilatan dan tinggal bersama seorang anak bongsunya mengadu tapak rumah yang beliau duduki sekaang adalah milik ladang dan mohon mendapatkan satu tapak baru daripada Kerajaan.


Turut hadiri ialah Ketua UMNO Cawangan Titi Ijok, Mat Saat dan ahli Jawatankusa beliau.


Di majlis dailog tersebut, turut hadir ialah Ketua Cawangan Khas PDRM Selama, Mohd Salleh bin Hanipiah , Ahli-Ahli Jawatankuasa Bahagian, Ketua UMNO Cawangan Kubu Gajah, Abu Samah binti Aliddin, Ketua Kampung Tebing Tinggi Azemi Sabran dan Ketua Kampung berdekatan.

Pengundi Hulu Selangor Harus Buat Pilihan Bijak

















Menteri Besar Perak,Datuk Seri dr Zambery Abdul Kadir mengadakan kempen terakhir membantu Barisan Nasional (BN) di Piihanraya Kecil (PRK) Hulu Selangor dengan beberapa lagi aktiviti termasuk perjumpaan di Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Gedangsa.

Dr Zambery dalam ucapannya amat menghargai jasa Kerajaan BN hingga beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti dan memperolehi Phd.

Sebagai anak Nelayan ia sudah tentu satu kejayaan yang amat bermakna dalam hidup beliau dan amat berterima kasih kepada Kerajaan BN.

Sambil memberi semangat kepada guru, pelajar dan bekas pelajar Sekolah berkenaan, Dr Zambery turut meluluskan sebanyak 10 buah kamputer riba untuk kegunaan sekolah.

Beliau turut meresmikan seminar Kita Insan Terpilih dan pelancaran Tabung Pendidikan BUDI DITUAI Sekolah tersebut.

Dr Zambery juga melawat bilik Gerakan BN di Kampung Rahmat, kemudian solat Mahgrib di Surau di situ sebelum makan malam bersama jentera Parti.

Dengan diiringgi Ketua-Ketua UMNO Bahagian, beliau juga mengadakan lawatan dan bertemu jentera BN di Cawangan Kampung Bahagia, Cawangan Kampung Gedangasa, cawangan kampung keliling dan kampung seberang Gedangsa.

Dalam pertemuan itu, Dr Zambery menyeru para pengundi di Hulu Selangor membuat keputusan yang bijik bagi menentkan masa depan mereka.

Saya juga sempat menghadiri majlis makan malam bersama Jentera BN dan pengundi di SKCKampung Seri Keledang.