30 April 2010
Hargai yang dahulu
Rakan-rakan dalam parti UMNO harus menghargai jasa dan perjuangan mereka yang terlebih dahulu banyak berkorban dalam perjuangan bangsa, agama dan negara.
Walaupun kesetiaan mereka tidak dipertikaikan hingga ke saat ini, tetapi kita wajarlah juga memberi perhatian sekurang-kurangya khabar dan mengambil tahu kebajikan mereka.
Semalam saya mengambil kesempatan melawat Jamaudin Bin Hashim, 79 tahun dan Ahmad Bin Yaacob, 78 yahun di Felda Ijok.
Saya juga melawat sepasang warga emas, Md Nor Bin Sarip, 85 tahun yang merupakan diantara peneroka terawal Felda.
Saya terharu dan kagum dengan ketabahan Md Nor dan Isteri kerana mereka cuma tinggal berdua di rumah tersebut.
Mereka amat terharu diatas kunjungan saya yang mahu bertanya khabar mengenai mereka.
Saya berharap jabatan kebajikan (JKM) dapat membantu mereka dan ketua kampung Felda, Haji Shukur Jaman telah pun mengemukakan pemohonan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
YMDS,
Selalunya yang kaki ampu tidak lagi mahu menghargai wakil rakyat yang kalah/pencen.
Selalunya yang mahu jumpa kita yang apabila bersara ialah kawan sedarjah, kawan sejak kecil dan satu sekolah.
Patut juga YMDS berjumpa kawan sedarjah dan satu sekolah di DUN Kubu Gajah selain daripada warga emas. Mereka ini ramai yang membantu dengan ikhlas.
Kalau tidak percaya cakap saya tanyalah TS Datuk Musa Hitam.
Yang kaki ampu selalunya hilang tidak lagi melihat kita.
Ada baiknya YMDS mencari kawan lama sedarjah dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah untuk membantu YMDS di DUN Kubu Gajah.
Pengelaman saya dan Datuk Musa Hitam dll. yang ikhlas ialah kawan karib dari kecil dan sedarjah.
Saya lihat wakil rakyat kita yang pencen ramai yang hilang. Ada yang selalu saya lihat di Medan. Kenapa mereka tidak menerajui persatuan VETREN UMNO Kubu/Gajah dan Selama untuk membantu rakyat warga emas sebagai memmandang jasa mereka yang mengundi barisan semasa mereka jadi wakil rakyat dahulu.
Boleh tidak YMDS kumpulkaan mereka?
Sekian pandangan saya yang tidak sepertinya ini.
Terima kasih.
terima kasih atas pandangan.
Post a Comment