Template by:
Free Blog Templates

25 April 2010

Tahniah Najib, Muhyiddin, Kamalanathan BN Menang


Tahniah dan tahniah kepada Calon Barisan Nasional (BN) P. Kamalanathan yang telah berjaya memenanggi Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor dengan mengalahkan Calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dengan majroti 1,725 undi.

Tahniah juga diucapkan kepada Perdana Menteri,Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga Pengerusi BN Pusat dan Timbalannya, Tan Seri Muhyiddin Yassin yang bekerja keras untuk mempastikan kemenangan BN.

Jarang-jarang berlaku seorang Perdana Menteri turun berulang kali dalam mana-mana PRK, tetapi berbanding dengan Datuk Seri Najib yang mahu mempastikan kemenangan kali ini berpihak kepada BN.

Hasrat Perdana Menteri itu amat kita fahami kerana sebelum ini dalam PRK yang diadakan, BN gagal memenanggi di Permatang Pauh, Bukit Gantang dan Kuala Trengganu. Pada Pilihanraya UMUM 2008 BN menang di Kuala Trengganu.

Kejayaan BN merampas semula kerusi Huu Selangor ini menjadi pembakar semangat dan haluan baru kepada BN untuk menghadapi PRU ke 13. Bukan itu sahaja, undi yang diperolehi kali ini lebih besar berbanding dengan kekalahan kecil pada PRU 2008.

Ternyata rakyat semakin menerima kepimpinan Datuk Seri Najib yang menjadikan 1 Malaysia dan rakyat didahulukan serta Pencapaian diutamakan, sebagai pegangan bagi menjain Negara Maju, Aman dan Makmur.

Begitupun, kemenangan BN ini hanya satu permulaan kerana perjalanannya masih lagi jauh menjelang PRU ke 13 yang lebih penting bagi menentukan hala tuju BN. Selepas ini BN akan diuji sekali lagi di Parlimen Sibu, Sarawak

Perletakan jawatan beberapa orang tokoh pembangkang yang bertindak menjadi Ahli bebas samada di peringkat Parlimen mahupun DUN, jelas era keretakan PKR.

Begitu juga dengan perletakan jawatan tokoh wanita parti tersebut dan ramai lagi juga mendorong dan menjejaskan kekuatan parti tersebut.

Tahniah juga diucaspkan kepada seluruh jenera BN yang bekerja dalam satu pasukan. Demikian lah juga kepada BN Perak yang diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir yang turut bekerja keras termasuk pada saat-saat akhir semalam di Felda Gendangsa.

Diharap BN wajar juga mengadakan bedan siasat sekalipun menang pada PRK di Hulu Selangor kerana ini penting sebagai pedoman untuk menghadapi piihanraya yang akan datang.

2 comments:

Anonymous said...

SATU MALAYSIA saya rasa masih kurang tercapai disebabkan ramai pengundi Cina Kg. Baru tidak menyokong Barisan.

Kita tidak dapat mengenalpasti pengundi India yang tidak menyokong kerana mereka bermastutin berselerak dengan orang Melayu.

Tapi jika YMDS melihat ceramah PKR ada ramai juga mereka di sana. Saya pergi hanya untuk melihat telatah orang India bukan penyokong PKR.

Saya rasa yang menyokong Utahayarkumar tentu ada di sana. Yang lainnya sedikit penyokong anak tempatan (Ketua Pemuda) dan seterusnya sebahagian penyokong Palanivel.

Saya masih mengingat kembali sejarah Pekan Papan di mana orang Cina berlipat ganda lebih ramai dari Melayu tapi mereka hidup aman dan damai. Yang 'memerintah' masih bangsawan Melayu.

Banyak pengajaran yang kita boleh pakai untuk KUBU GAJAH. Oleh kerana ruang ini hanya dapat memuatkan lebih kurang 4000 characters saya tidak dapat untuk menyenaraikannya.

Saya nasihati semua 'big guns' Barisan mesti berkempen di tempat kawasan yang mana BN menang tipis di pilihan raya ke 12.

Tempat selamat (comfort zone) seperti di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan boleh tinggalkan begitu sahja.

Mereka yang kalah jangan ambil lagi (contohnya YB Palanivel).
Tapi penggantinya mestilah yang rajin dan rendah diri.

Kalau orang baru beliau tidak ada gossip atau persepsi buruk. Persepsi buruk (bukan betul)inilah yang akan mengalahkan Barisan.

Janji sebelum berkempen hendaklah ditunaikan terlebih dahulu seperti meningkatkan kemajuan pekan kecil seperti Kubu Gajah, membesarkan Dewan Tebing Tinggi. Janji YB Datuk Hamzah di perhimpunan kooperasi RISDA di Selama.

Menegenal pasti rakyat miskin sudah lama dijalankan. Barangkali JKKK tidak kenal mereka yang miskin betul2.

Yang penting kita memilih JKKK yang baru. Yang lama tidak 'colour blind tapi kelabu asap. Jika mereka tak dapat cari siapa yang miskin ganti yang baru. Perkara ini tak boleh lama.

Di Kampung saya pun saya boleh mendapatkam maklumat dalam sehari.

Sekian supaya mendapat perhatian dari YMDS

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih atas pandangan saudara, insyallah saya ambil perhatian demi kebaikan.