Template by:
Free Blog Templates

6 April 2010

Kampung Teras menjadi Teras Perpaduan Ummah




Saya tertarik dengan usaha Ketua Kampung dan Jawatankuasa Surau Kampung Teras, Ijok yang telah mengadakan kelas fardu In untuk penduduk termasuk orang Dewasa.


Saya berkesempatan hadir di majlis tamat mengaji atau Qatam Quran yang dianjurkan oleh Kemas sambil beramah mesra dengan penduduk.


Ternyata, perpaduan ummah di kalangan masyarakat kampung amat kukuh walaupun kefahaman politik yang berbeza.


Di Kampung Teras, sebuah perkampungan terpencil berhampiran dengan Kampung Mesjid dan Bendang Luas, mereka mudah mesra dan sentiasa mengutamakan perpaduan dan tali persaudaraan.


Malah, setiap mereka yang pernah ke sana akan tetap tersenyum dan membawa pulang kenangan manis sebagai ole-oleh kemesraan penduduk di situ.


Kampung Teras kini semakin dikenali termasuk pelajar Sekolah kerana Pusat Khidmat Latihan Negara yang diwujudkan di situ.

0 comments: