Masih ada Ketua Kampung di DUN Kubu Gajah yang mengadu kepada Saya banyak permohonan yang dikemukakan oleh beliau kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) belum diperolehi jawapanya, samada berjaya atau gagal.
Permohonan itu telah dibuat sekian lama dan ada juga yang telah berulang kali dibangkitkan kepada pihak berkenaan, termasuk pada hari lawatan Menteri Besar Perak ke DUN Selama tempuh hari, katanya beliau sendiri yang berjumpa dengan pegawai berkenaan, tetapi sudah hampir sebulan, beluam ada apa-apa jawapan.
Saya akan bangkitkan perkara ini dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Khamis ini kerana ada juga kes-kes penerima bantuan termasuk warga emas dan ibu tunggal yang bantuan mereka telah ditarik balik tanpa sebarang sebab.
Barangkali Saya juga akan bawa perkara ini ke pengetahuan Menteri yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya.
Ketua Kampung berkenaan berharap usaha beliau itu berhasil jika tidak nanti masyarakat akan beranggapan beliau tidak melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Petang tadi, Saya ambil kesempatan melawat beberapa orang warga emas yang uzur di Kampung Sungai Simpul, Sungai Jernih, Ijok. Mereka ialah Mohamed Rasidi bin Awang Kecik, 72 tahun, Mohamed Zaman bin Taib, 75 tahun dan Mat Piah bin Hamid, 91 tahun.
Selain itu Saya juga melawat seorang Ibu tunggal, Siti Zainab binti Abdullah, 56 yang menyara anak- anaknya termasuk seorang oku dan ada juga yang terpaksa berhenti sekolah.
4 comments:
YMDS,
Banyak kegagalan penyalurkan bantuan kerana kurang pemantauan, dan pegawai yang bertanggung jawab, saya rasa, hendaklah ditukarkan ke tempat di mana masyarakatnya sangat perihatin, dan kalau terlambat tindakan diambil ada sahaja pihak (masyarakat) yang mengkomplen.
Seperti tukarkan ke Jelutong (tempat YB Karpal Singh) atau Ipoh Timor (tempat YB Lim Kit Siang).
Saya cadangakan Ketua Kampung jangan putus asa. Saya melihat ada sahaja ketua kampung yang sampai ke Selama tiap-tiap hari. Ada yang selalu sangat saya lihat di Selama seperti Ketua Kampung Gua Petai.
Kalau boleh tiap-tiap kali Ketua Kg. datang ke Selama bawalah fail yang belum mendapat perhatian dan pergilah bertanya pihak yang bertanggung jawab.
Sekian pandangan dari saya supaya YMDS dapat pergi ke Selama jika ada permohonan yang tergendala.
Di kawasan rumah saya ramai yang miskin atau ibu tunggal tapi ada anak mereka yang membantu mereka.
UMNO Selama hendaklah menggalakkan pemuda dan puteri kahwin awal kerana anak mereka yang ramai
nanti akan dapat membantu mereka di masa tua.
Emak saya juga miskin dan janda pula tapi anaknya penyayang dan dapat membantu beliau walau pun gaji pokok saya hanya $340.00.
Cuba lihat harga kelapa sawit sekarang ini. Tapi anak tidak lagi mahu membantu emaknya.
Sekian. Terima kasih.
terima kasih atas pandangan.
Suka dicadangkan pihak UMNO menghubungi En Saiful 013-365 5715 bagi mengadakan suatu program ceramah tertutup bertajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH. Kumpulan ini terdiri daripada anak-anak murid tok guru pondok yang giat berdakwah secara sukarela menyedarkan masyarakat tentang kekufuran PAS dari segi aqidah. Mereka tidak mengharapkan sebarang bayaran dan apa yang dilakukan ialah bersifat fisabilillah
terima kasih sdra fakeh atas pandangan.
Post a Comment