Template by:
Free Blog Templates

6 April 2010

Dr Zambery Pecah Tradisi di Forum Perdana IJOK

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir buat pertama kalinya akan menjadi Ahli Panel Forum Perdana sempena lawatan resminya ke DUN Kubu Gajah pada 7 April ini.

Beliau akan mengupas sendiri hasrat Kerajaan Perak pimpinan beliau dibawah tajuk Perak Aman Jaya Membangunkan Negeri dan Ummah yang akan berlangsung di perkarangan Mesjid Toh Paduka Kampung Mesjid, Ijok selepas solat Isyak.

Oleh kerana ini adalah kali pertama Dr Zambery menampilkan diri menjadi ahli panel forum perdana, rugi rasanya Masyarakat di DUN Kubu Gajah khususnya di Mukim Ijok tidak datang beramai-ramai mendengar sendiri kupasan Menteri Besar mengenai hasarat Kerajaan Negeri itu.

Seorang lagi Ahli Panel forum perdana itu ialah Ustad Khazim Elias yang akan memberi pandangan beliau dari sudut Islam.

Dr Zambery juga akan bersama masyarakat islam yang lain berqiamulai di Mesjid Toh Paduka. Selain Pemimpin dan ahli UMNO, juga turut dijemput bersama Menteri Besar sepanjang program di Mesjid tersebut ialah Pegawai Tadbir Islam Daerah Kecil Selama.

Pegawai Daerah Latut, Matang dan Selama, Datuk Mahmud Murshidi, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kecil Selama Haji Yusof dan Pegawai dan Anggota Kerajaan yang lain juga dijangka hadir beramai-ramai.

Pada sebelah tengahari sempena lawatan Menteri Besar ke DUN Kubu Gajah dan DUN Selama, Dr Zambery akan mempengerusikan Mesyuarat EXCO di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Selama, sebelum majlis dailog dan minum petang.

Beliau kemudian akan beramah mesra dengan orang ramai di Pusat Homestay Bagan Bahru, sebelum turun ke padang untuk perlawanan Bola Sepak persahabatan dengan pasukan ADUN Kubu Gajah di padang majlis daerah Bagan Bahru.

Pada keesokan harinya selepas sarapan pagi, beliau akan di bawah melawat ke Air Terjun ketiga tertinggi di Asia Tenggara di Titi Dua, dekat Sungai Jernih sebelum meninjau Ladang Pusat Ternakan Kambing Boer Negara di dekat Sungai Segar, Pondok Tanjung.

Selepas program di Felcra Tebing Tinggi/Sungai Marlow, Menteri Besar akan makan tengahari dengan masyarakat tempatan di Latar Tebing Tinggi, Ulu Mengkuang sebelum berlepas pulang ke Ipoh.

0 comments: