Template by:
Free Blog Templates

3 April 2010

calon BN PRU 13 harus menjadi pilihan rakyat


Perdana Menteri, Datuk Seri mohd Najib Tun Abdul Razak secara terbuka dan ikhlas memberitahu kira-kira 200 ADUN yang hadir di majlis makan malam anjuran beliau bahawa pemilihan calon Barisan Nasional (BN) berdasarkan kepada beberapa penilaian termasuk mereka yang disenanggi rakyat yang sentiasa turun ke padang.

Mereka sekalipun sudah berpenggal lamanya, tetapi disenanggi rakyat masih boleh dicalonkan semula. Ini bermakna, jika ada Wakil Rakyat yang baru sepanggal, tetapi gagal memenuhi hasrat rakyat mereka ini tidak akan dipertimbangkan semula menjadi calon.

Justeru, semua Wakil Rakyat BN harus sentiasa mendampingi rakyat setiap masa dan mengambil tahu masalah mereka serta elakan membuat janji yang tidak boleh ditunaikan, kata Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Pusat.

Kekuatan Parti juga terletak berdasarkan prestasi mereka dan Wakil Rakyat BN harus berhemah dalam memikul tanggungjawab masing-masing.

Datuk Seri Najib mengalu-alukan kehadiran ADUN-ADUN Bebas termasuk dua daripada Perak pada majlis tersebut yang dihadiri oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur.

Beliau turut menghargai ikrar sokongan ADUN-ADUN yang diketuai oleh Datuk Nazri Ismail selaku Presiden.

Nazri turut menyampaikan memorandum yang mengandunggi permohonan mereka kepada Perdana Menteri.

Perjumpaan ADUN-ADUN yang akan datang akan diadakan di Sarawak di mana Kucing sebagai tuan rumah.

0 comments: