Template by:
Free Blog Templates

31 August 2008

MERDEKA...insafi perjuangan generasi dahulu

Seperti rakyat Malaysia yang lain, saya turut merasa syukur dan berbangga kerana dapat menyambut hari Ulang Tahun Kemerdekaan Negara.

Sama ada kita sambutnnya dengan bebesaran, meriah atau sederhana, tidaklah menjadi penting kerana bagi kita memadai dengan adanya rasa kesedaran memperingatai hari yang bersejarah ini.

Sambutan ini amat bermakna kepada rakyat Malaysia bagi memperingati sejarah susah payah, detik halangan, ranjau dan duri ketika pemimpin terdahulu bergelut untuk menebus cengkaman penjajahan.

Hanya sejarah silam banyak mengajar kita tentang ertinya Kemerdekaan. Semoga generasi muda akan insaf, segala perjuangan yang telah ditaburi oleh generasi terdahulu. Tanpa mereka siapalah mereka hari ini.

Semoga sambutan kemerdekaan kali ini akan mendorong kita untuk terus berazam membantu negara dalam mencapai kemajuan yang lebih pesat dengan menjauhkan diri dari segala persengketaan yang boleh membawa mala petaka kepada kita semua yang sentiasa cintakan keharmonian dan kesejahteraan.

Merdeka Merdeka Merdeka

29 August 2008

Belia Perlu Yakin Dengan Sektor Pertanian

Lama juga saya tidak aktif laman blog saya kerana tidak banyak aktiviti, selain aktiviti biasa menemui masyarakat setempat dalam majlis-majlis kenduri kahwin.

Pun begitu, pada hari Isnin dan Selasa lalu, saya telah dijemput merasmikan penutupan program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Perak untuk pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI) Tanjung Malim yang diadakan di DUN saya, Kubu Gajah.

Seramai 38 orang peserta telah mengikuti program wawasan desa peringkat Parlimen Larut yang diadakan di tanah rancangan FELDA Ijok.

Dalam ucapan, saya telah memberitahu hasrat saya untuk memajukan DUN Kubu Gajah dengan agro tourism. Selain projek pusat pembenihan kambing bore Negara, pusat home stay juga merupakan program pelancongan yang sedang mendapat tarikan bukan sahaja pelancongan tempatan, tetapi juga dari negara asing.

Saya berharap segala pembangunan yang sedang di rancangkan itu akan turut menarik perhatian para belia untuk menceburkan diri sebagai menimba pengalaman dan juga bagi membantu kerajaan mengatasi masalah pengganguran.

Para belia tidak lagi boleh bergantung hanya semata-mata bekerja dengan kerajaan, sebaliknya juga harus mempunyai keyakinan diri untuk menceburi bidang-bidang lain seperti pertanian dan ternakan yang juga boleh menjamin pendapatan yang lumayan.

Sementara itu, ketika menutup program yang sama di peringkat Daerah Kerian yang di adakan keesokannya di DUN Alor Pongsu, saya telah meminta para belia supaya bersedia berdepan dengan saingan dalam arus globalisasi.

Mereka mestilah bersedia merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan terutama menceburkan dalam bidang perniagaan dan pertanian secara komersial.

Saya juga menggesa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) agar menyediakan satu dana khas bagi membantu belia yang mempunyai kemahiran dan sentiasa memantau aktiviti mereka.

Sudah tiba masanya, peringkat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menubuhkan satu unit belia bagi mengukuhkan semangat bertanggungjawab ke atas masalah kampung.

Kira-kira 500 orang belia telah hadir dalam program tersebut yang diadakan selama empat hari bagi mendedahkan mereka kepada aktiviti kemasyarakatan setempat.

4 August 2008

Pertimbang subsidi tanaman jangka pendek

Pertubuhan Peladang kebangsaan (LPP) berhasrat mewujudkan peladang berstatus jutawan, demikian ditegaskan oleh Pengerusinnya, Tan Sri Abu Zahar Ujang, ketika merasmikan mesyuarat agung Pertubuhan Peladang Kawasan Batu Kurau, kelmarin.

Katanya, dalam dunia global, Peladang mesti mengubah sikap dan budaya, bahawa mereka tidak boleh pergi jauh. Jika bangsa lain, mampu melakukannnya tidak ada sebab, Para Petani, Penternak dan Peladang mencontohi mereka yang telah Berjaya.

Mereka diseru supaya merebut segala peluang yang disediakan oleh Kerajaan dan bersedia membuktikan kemampuan untuk Berjaya.

Sementara itu, beliau juga bersetuju dengan saranan saya Selaku Pengerusi PPK Batu Kurau, agar dipertimbangkan juga subsidi seperti yang diberikan kepada tanaman padi, kepada tanaman jangka pendek bagi menggalakan lagi masyarakat Luar Bandar, terutamannya Peladang menyahut kempen Bumi Hijau.

Saya berpendapat dengan adanya kemudahan itu, ia sebagai usaha permulaan untuk mencetus budaya bercucuk tanam bagi menggurangkan bebanan negara yang terlalu bergantung kepada mengimpot bahan-bahan makanan dari luar negara.

PPK Batu Kurau turut mendapat pujian kerana merupakan satu-satunnya PPK di Negari Perak yang langsung tidak ditegur oleh pihak Audit, demikian menurut Pengarah Pertubuhan Negeri, Haji Azhar Yunus.

Seramai 130 perwakilan hadir di persidangan tersebut termasuk Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri, Mohd Zaki Din.