Template by:
Free Blog Templates

30 June 2011

Sukan Sekolah















Pengurusan Sekolah tidak seharus bersikap lemah semangat dalam memajukan bidang sukan, sekalipun mereka berdepan dengan masaallah kemudahan sukan.

Sukan kini dilihat penting kerana ia juga mampu menjana ekonomi dan Industri sukan kini berkembang pesat.

Justeru, Ibubapa dan Penjaga janganlah memandang ringan dalam membantu Pelajar-Pelajar mencapai kejayaan di bidang sukan.

Ramai atlit dan ahli sukan Negara dahulu dan kini adalah dilahirkan dari bakat yang diketengahkan oleh Sekolah.

Saya berkata demikian ketika merasmikan Temasya Sukanan Tahunan Sekolah Kebangsaan Sungai Dendang, pagi tadi.

Turut hadir ialah Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah, Abd Rahman bin Hamid, Yang diPertua Persataun Ibubapa dan Guru (PIBG), Abd Rauf bin Abdullah dan Ketua Kampung. Ismail Don.

Tidak dinafikan masalah kekurangan kemudahan sukan diantara faktor Sekolah gagal melahirkan atlit dan ahli sukan yang berkualiti, namun tanggungjawab pengurusan dalam meneruskan agenda sukan ini haruslah juga diutamakan.

Mengenai masalah ketiadaan kemudahan sukan, Saya berharap pihak Kementerian dalam progam membina sekolah-sekolah baru haruslah mempastikan kemudahan sukan seperti padang disediakan.

Seni Kraf









Rakyat Malaysia harus berjiwa besar dalam mengusahakan produk sendiri dan bersedia bersaiang serta menembusi pasaran antarabangsa.

Jika rakyat Negara lain mampu berbuat demikian, tidak ada sebab rakyat di Negara ini tidak boleh jika mereka memberi sedikit tumpuan dan menghasilkan produk yang berkualiti.

Saya berkata demikian ketika meresmikain bengkel sehari Seni Kraf Jahitan Manik Kepada Kumpulan Sasar Kemas Parlimen Larut di FELDA, Ijok.

Turut hadir Pengurus FELDA, Ijok, Aziz Mat Isa, Pegawai Kemas Daerah Larut, Matanfa dan Selama, Faridah binti Sailan, Pegawai Kemas Parlimen Larut, Nordin bin Abu Hassan dan Ketua Kampung FELDA, Haji Sukur bin Jaman.

Saya percaya, Pengusaha tempatan bukan sahaja memilikki kemaharian dan mampu menhasilkan produk mereka, tetapi harus mereka juga harus bersedia bersaing dengan pengeluar-pengeluar asing jika mereka mahu pergi lebih jauh ke hadapan.

Sebagai Ahli Dewan Undangn Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Saya bersedi untuk membantu Pengusaha-Pengusaha tempatan daam memasarkan produk mereka ke pasaran yang lebih besar.

Saya juga menyeru Kemas agar terus mengadakan program memberi khidmat nasihat dalam menyedarkan rakyat pentingnya mereka merebut peluang untuk berjaya dalam bidang perniagaan.

29 June 2011

Peladang untung













Nilai urus niaga pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau tahun lalu berjumlah RM 13,370.756.

Ia berbanding RM 10,999.454 pada tahub 2009 iaitu penungkatan RM 2,373.305 atau 121.6 peratus.

Saya berkta demikian ketika berucap di majlis perasmian mesyuarat Agung PPK Batu Kurau oleh Timbalan Menteri, KDNHPK, Datuk Tan Lian Hoe, pagi tadi.

Lebih pendapatan tahun lalu setelah ditolak kos-kos pentadbiran dan sebagainya sebanyak RM 344,274 berbanding tahun 2009 sebanyak RM 209,595 iaitu peningkatan RM 53,679 atau 118.5 peratus.

Saya selaku pengerusi PPK Batu Kurau berkata hingga kini terdapat 2,897 ahli dengan seramai 915 wanita.

Jumalah pula ialah RM 476,490 iaitu purata RM 164.47 seorang dan bagi dividen pula ialah 12 peratus berbanding tahun 2009.

Mengenai perbelanjaan tabung kebajikan ahli pula bagi tahun lalu seramai 2,325 orang penerimanya.

Mengenai usahawan peladang pula, pada masa ini terdapat seramai 16 orang ahli yang terlibat dengan tanaman, 5 orang IKS dan 9 orang dalam bidang ternakan.

Datuk Tan pula dalam ucapanya mengingatkan supaya orang ramai jangan teragak membuat laporan keatas mereka yang mengambil kesempatan menaikan harga barang.

Beliau juga mengiatkan agar rakyat jangan terpedaya dengan pihak-pihak yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan melalui iklan yang tak sama dengan barang yang dijual.

Katanya krisis barangan bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi merupakan masalah global.

Justeru, rakyat harus menolak demostrasi yang hanya akan menimbulkan huru-hara.

28 June 2011

Warga emas uzur




Melawat bekas Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Kampung Haji Mat Asek, Tajuddin bin Alwi, 73 tahun yang uzur di rumahnya di Kampung Haji Mat Asek, Batu Kurau.

Beliau kini tinggal bersama isterinya Ramlah binti Bahari, 69 tahun.Turut hadir ialah Setiausaha Cawangan dan JKKK Sungai Ara, Abd Karim bin Bahari.

Jalan bahaya





JKR diminta agar segera memperbaiki tebing jalan yang rebak dekat Jalanraya Bendang Luas di Kampung Mesjid, Ijok.

Saya telah melawat sendiri ke tempat tersebut dan mendapati ia membahayakan kepada pengguna jalanraya di situ.

Turut sama, Ketua Kampung Kg Mesjid, Ijok, Norazman bin Mokhtar dan Ketua Cawangan Kampung Bendang Luas, Rosli bin Shamsuddin

27 June 2011

Ancaman Banjir


















Masalah ancaman banjir dari beberapa sungai Ijok dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah amat membimbangkan keselamatan penduduk.

Sungai-sungai itu ialah Sungai Merah berdekatan Pusat Latihan Khidmat Negara (LPKN) di Kampung Teras, Sungai Segar dan Sungai Ijok.

Dalam tinjauan tersebut, Saya melihat sendiri keadaan sungai-sungai tersebut dan limpahan air sungai itu boleh mencetuskan banjir.

Justeru, JPS digesa agar mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah tersebut kerana ia bimbang mengancam keselamatan penduduk.

Bukan setakat itu, tanaman yang diusakan oleh penduduk juga musnah jika keadaan banjir itu tidak tidak setgera diatasi seperti kawasan sawah seluas 180 ekar yang dimilikki oleh 40 orang penduduk berdekata sungai Ijok dekat sungai Segar.

Jutera JPS Daerah, Mokhtar bin Hasran ketika dihubunggi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Hai Omar, menyatakan beliau sedang berusaha mendapatkan peruntukan bagi mengatasi masalah itu.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Ketua Kampung Kampung Teras, Abdul Wahab Yatam dan Ketua Kamung Sungai Segar, Haji Zulkifli Ahmad.