Template by:
Free Blog Templates

10 June 2011

MIC















MIC akan terus menjadi rakan komponen Barisan Nasional (BN) dalam memperjuangkan nasib masyarakat India.

Ini adalah kerana MIC merupakan rakan lama dalam BN dan sejak Perikatan lagi, justeru kesetiaan itu akan terus kekal dalam menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) yang ke 13.

Saya berkata demikian di majlis Pemimpin bersama rakyat anjuran MIC Bahagian Larut di Dewan Majlis Daerah Selama di Taman Merdeka, petang tadi.

Turut hadir Naib Presiden MIC, Datuk S.K. Devamani yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Pengerusi MIC Perak S.Verasingam Speaker Dewan Neger Perak, Datuk R.Geneson dan Pengerusi MIC Bahagian Larut, K.Thevaraju.

Apa jua masalah yang dihadapi dikalangan komponen Parti ia hendaklah diselesaikan di meja perundingan.

Sebarang pergeseran akan hanya melemahkan Parti terutama dalam menghadapi PRU ke 13 nanti.

Semua anggota BN harus mengutamakan perpaduan sebagai senjata kekuatan Parti dan bersedia dari sekarang untuk menghadapi PRU pada bila-biila masa.

Devamani dalam ucapannya menghargai segala sokongan dan kerjasama UMNO Bahagian Larut khususnya ADUN Kubu Gajah terhaap masyarakat India dan berharap hubungan yang baik itu akan terus berkekalan.

0 comments: