7 June 2011
Dermasiswa Yayasan
Kerajaan Perak pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan terus membantu Pelajar luarbandar yang layak melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Negara ini.
Pemberian Dermasiswa tajaan Yayasan Perak adalah sebagai bukti sikap positif Kerajaan dalam memberikan bantuan terutama kepada pelajar-pelajar yang tidak mampu.
Saya berkata demikian ketika menyampaikan cek Dermasiswa Yayasan Perak kepada enam orang lagi pelajar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah yang berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke IPTA di seluruh Negara.
Majlis penyampaian itu berlangsung di perkarangan Pusat Khidmat DUN Kubu Gajah, petang tadi.
Dalam pada itu, Saya berharap sumbangan dermasiswa itu dapat digunakan sebaik mungkin kerana ia sedikit sebanyak dapat menggurangkan bebanan Ibubapa dan Keluarga untuk menanggung kos pelajaran anak-anak mereka.
Justeru, Ibubapa dan Penjaga diharap tidak lagi bersikap neggatif dan merasa risau bila anak mereka mendapat tempat untuk belajar di Universiti di dalam dan Luar Negara kerana Kerajaan bersedia membantu anak-anak dari keluarga miskin.
Pemberian Dermasiswa itu juga tidak akan dipolitikan, sebaliknya diberikan kepada mereka yang layak yang telah diterima masih ke IPTA samada di peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah.
Penerima-Penerima dermasiswa itu ialah Fairus binti Sabran 21 tahun dari Felda Ijok, Khairul Nizam bin Ahmad Zamzuri 24 tahun dari Kg Sungai Dendang, Mohamad Saifudin bin Abdul Rahman 21 tahun dari Kg Masjid Ijok, Noor Syamila Mumtaza binti Mat Assan 20 tahun dari Simpang Kubu Gajah, Siti Noradlina binti Abdul Wahab 24 tahun dari Kg Tersusun Kubu Gajah, Norhidayu binti Idris 19 tahun dari Kg Sangkut Ijok dan Umi Kalsom binti Musa 22 tahun dari Redang Panjang.
Pada majlis itu, sumbangan sebuah Komputer Riba juga disampaikan kepada Penyelaras Mesjid Daerah Kecil Selama, Ustaz Khairul Ashraf bin Zulkifli.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment