25 June 2011
Sekolah model khas kurang kemudahan
Sekolah Model Khas Redang Panjang yang merupakan satu-satunya di Perak dan terletak di dalam Dewan Undangn Negeri (DUN) Kubu Gajah, masih kekurangan kemudahan sukan.
Sekolah ini yang mempunyai sekitar 800 orang pelajar Sekolah Menengah dan Rendah seharusnya memiliki padang Bola Sepak bertaraf mini Stadium dan lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti trek, bilik persalinan dan ruang tempat duduk penonton.
Tetapi agak mengecewakan, Sekolah tersebut yang bukan sahaja kekurangan kemudahan bersukan, tetapi juga terpaksa meminjam khemah untuk mengadakan sukan Sekolah mereka.
Saya berkata demikian ketika berucap meresmikan Kejohanan Balapan Dan Padang Sekolah Model Khas Redang Panjang Kali Ke 25 pagi tadi.
Turut hadir Pengetua Sekolah, Rosiah binti Rasalan, Pengerusi Persatuan Ibubaaoa (PIBG), Norazman bin Mokhtar dan Ketua Kampung Redang Panjang, Zainuddin bin Abdul Hamid.
Saya berharap perkara itu akan dibangkitkan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) yang akan datang.
Saya juga berharap dapat membawa perkara itu ke pengetahuan TimbalanPerdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran yang akan melakukan lawatan ke Taiping minggu depan bagi melancarkan satu sukan satu pelajar.
Rosiah yang akan bertukar naik pengkat ke Sekolah barunya Sekolah Menengah Datuk Hussein di Selama turut mengakui ketiadaan Dewan Serbaguna bagi tujuan aktiviti dalaman Sekolah tersebut dan berharap ia akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment