26 June 2011
Kubu Gajah- Burung
Pelbagai program dilakukan bagi mempromosikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah untuk menarik pelancong.
Pertandingan memikat burung adalah diantara acara tahunan yang akan dilaksanakan selain perlumbaan 4X4 road to Kubu Gajah.
Saya berkata demikian di majlis penyampaian hadiah kepada para peserta pertandingan memikat burung terbuka di perkarangan Pejabat Penghulu Mukim Ijok di Kampung Mesjid, petang tadi.
Kira-kira 200 orang peserta dari seluruh Negara menyertai pertandingan tersebut yang pertama kali diadakan di DUN Kubu Gajah anjuran Persatuan Burung Malaysia.
Saya amat kesal kerana pihak berkuasa Pelancongan Perak seperti terlepas pandang dengan pelbagai keindahan semula jadi di kawasan pendalaman seperti DUN Kubu Gajah untuk tujuan pelancongan.
Sebagai contoh terdapat sebuah Air Terjun Tebing Tinggi di Ulu Ijok yang ketiga tertinggi di Asean yang harus dimajukan untuk menarik pelancong di dalam dan luar Negeri.
Begitu juga beberapa tempat yang lain seperti Lata Panggung di Teras, Bengkel mengeluar Pedang dan Keris dan Homestay di Bagan Baharu.
Justeru, Saya berharap pihak berkenaan turun ke padang membuat penyelidikan keatas tempat-tempat yang menarik untuk membawa pelancoang kerana ia mampu menjana ekonomi penduduk luar bendar.
Berikut adalah pemenang-pemenang yang telah berjaya dipikat oleh peserta-peserta. Johan,Razak dari Sungkai Perak.
Naib Johan, Asrul dari Sungai Buluh, Selangor
Ketiga, Abd Hamid dari Kubu Gajah
Keempat, Hairi dari Kuala Lumpur.
Tahniah buat semua pemenang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment