27 June 2011
Peladang
Ahli-ahli peladang diingatkan supaya tidak terbabit dalam mana-mana demotrasi kerana ia bukan sahaja memburukkan keadaan, tetapi juga diri mereka sendiri.
Jangan rosakan kebebasan demokrasi dan harus waras dalam menyelesaikan masalah.
Jangan samakan negara asing dengan Malaysia dan budaya mengadakan demokrasi jalanan bertentangan dengan cara hidup di negara ini.
Saya berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat lembaga pengarah pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau, pagi tadi.
Jika rakyat takut untuk keluar membeli belah kerana demostarsi peniaga akan menanggung rugi termasuk peladang kerana hasil mereka tidak terjual dan dipasarkan.
Jika pihak berkuasa perlu mengambil tindakan ISA demi menjaga keamanan rakyat, ia harus disokong penuh.
Malah berhubung isu keamanan ini tiada kompromi dan tindakan harus diambil keatas mereka yang cuba mencetuskan huru-hara.
Peladang sebaliknya diminta tumpu kepada meningkatkan pengeluaran mereka.
PPK Batu Kurau akan mengadakan mesyuarat Agung tahunan pada 29 Jun 2011 yang akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal pengguna, Datuk Tan Lian Hoe.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment