Template by:
Free Blog Templates

8 June 2011

Baktisiswa perdana








Masyarakat jangan memandang negatif terhadap pelajar yang tercicir, sebaliknya tampi memberikan dorongan dan sokongan kepada mereka untuk mendapat peluang kedua bagi mencapai kejayaan.

Ramai juga golongan pelajar yang tercicir, tetapi bangkit semula dan berjaya selepas diberikan peluang kali kedua.

Saya berkata demikian di majlis penutup projek Baktisiswa Pelajar-Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) di Dewan Orangramai FELDA, Ijok.

Bagi mereka yang berpeluang melanjutkan pelajaran hingga ke Pusat Pengajian Tinggi (IPTA) mereka janganlah mempersia-siakan harapan Ibubapa untuk menjadi manusia yang berjaya bukan sahaja kepada keluarga sendiri, tetapi juga masyarakat.

Masa depan Negara terletak ditangan mereka, justeru mereka tidak seharusnyalah mengecewakan harapan tersebut dengan terjebak kepada gejalan yang tidak sihat.

Turut hadir Pemantau Program, Dr Amlus bin Ibrahim, Presiden Jawatankuasa Dewan Penginapan Pelajar, Yayasan Al Bukhairy, Prabanandran a/l Ramachandran, Ketua Kampung, Haji Shukur Haji Jaman dan Pengarah Projek, Nurul Husna binti Shariff.

0 comments: