Template by:
Free Blog Templates

29 November 2013

Peladang


Jumlah ahli pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau kini seramai 3,006 orang.

Jumlah saham terkumpul pula sebanyak rm 641,160.

 





Demikian dinyatakan pengerusi PPK Batu Kurau, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar selepas mempengerusikan mesyuarat lembaga pengarahnya petang tadi.
 
Perniagaan stesen minyaknya di pekan Batu Kurau sahaja sebulan berjumlah rm 1 juta.







Beliau juga mengumumkan PPK Batu Kurau akan mengadakan hari keluargan peladang awal januari tahun depan yang melibatkan 22 unitnya.

20 November 2013

Kesyukuran

Mantan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar menyeru badan-badan bukan kerajaan (NGO) tampil membantu menyokong program kerajaan Perak memajukan negeri ini.




Katanya menteri besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery AbdUL Kadir memerlukan sokongan dan kerjasama padu semua pihak bagi melincinkan program pembangunan.

Beliau berkata demikian di majlis kesyukuran menerima ijazah kehormat doctor of humanities daripada world academy of arts and culture (WAAC) California, USA malam kelmarin.

Seramai 150 orang tetamu termasuk naib ketua UMNO bahagian Larut, Zaidi Dollah, ketua pemuda UMNO bahagian, Amran Ahmad, ketua wanita UMNO bahagian, Saliza Ahmad dan ketua puteri bahagian, junaidah ismail hadir di sebuah pusat perlancongan dekat Kubu Gajah.

Beliau menyeru agar penduduk-penduduk di kawasan parlimen Larut meningkatkan usaha memajukan pekan-pekan kecil Ijok, Batu Kurau dan Selama.
























Katanya walaupun beliau tidak lagi menjadi wakil rakyat, tetapi tetap aktif dalam aktiviti NGO dan sukan dalam usaha membantu pembangunan negeri dan negara.

2 November 2013

Rumah

Sebanyak 2,000 buah rumah kos sederhana di Langkap atas tanah milik syarikat MajuPerak Berhad.

Majuperak memperolehi kawasan seluas 200 ekar di langkap bagi projek perumahan dan jika kesemua 2,000 buah itu siap dibina ia melibatkan kos sekitar rm 300 juta.







Pekara itu dinyatakan pengerusi MajuPerak, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika melancarkan dua buah rumah contoh tiga bilik di Langkap yang berharga rm 148,000 hari ini.

Sebanyak 60 unit dibina di taman Lagenda di desa MajuPerak yang dijangka siap sepenuhnya tahun depan.















Majuperak akan melaksanakan beberapa lagi projek pembangunan tanah di kawasan yang telah dimiliki.

Lawasan seluas 500 ekar di Batu Gajah juga akan dimajukan termasuk pembinaan villa.