Template by:
Free Blog Templates

30 December 2012

Bantuan



Seorang penduduk miskin di Kampung Bendang Luas dekat Ijok begitu terharu diatas kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ke rumahnya, petang tadi.

 


Mohd Nasib bin Ibrahim, 48 tahun menguapkan syukur dan terima kasih diatas keperhatinan ADUN Kubu Gajah yang menjenguk keadaan beliau.

Mohd Nasib yang juga Imam Surau Kampung Bendang Luas mempunyai sembilan orang anak termasuk tujuh orang yang masih bersekolah.

Beliau yang  bekerja kampung berharap untuk mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyakarat (JKM) bagi meringankan bebanan yang beliau tanggung.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berharap, JKM akan dapat menghulurkan bantuan saraan bulanan kepada keluarga tersebut bagi menggurangkan masalah terutama anak-anak beliau yang masih bersekolah.




















Turut hadir Ketua UMNO Cawangan Bendang Luas, Rosli Shamsuddin atau lebih dikenali sebagai Che Ros.

Sementara itu, beliau juga melawat emak kepada Ketua UMNO Cawangan Titi Ijok, Aminah binti Mat Akid, 80 tahun yang sakit tua di rumahnya di Kampung Batu 85 dekat Kubu  Gajah, petang tadi.

Beliau juga melawat seorang penduduk miskin, Bahari bin Mohamed 58 tahun yang sedang sakit i rumahnya juga di Batu 85.

Beliau tinggal bersama seorang isteri dan empat orang anaknya yang masih bersekolah.

Gunting



Murid-Murid Sekolah disekitar mukim Ijok yang akan memulakan tahun baru perseolahan 2013 mulai Rabu ini, begitu gembira bila mereka dilayan untuk program gunting rambut percuma hari ini.

 




Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar melakukan pelancaran dalam majlis serba ringkas di kedai gunting, Zabidi bin Abdullah Ghaza di pekan Kampung Mesjid, Ijok,petang tadi.

 
Program itu bermula sejak pagi tadi dengan lebih 50 orang murid Sekolah Kebangsaan sekitar Ijok yang hadir untuk bergunting rambut.












Ibubapa mengucapkan Terima Kasih diatas program yang diadakan itu.

Ketua-Ketua Kampung sekitar mukim Ijok turut hadir di majlis berkenaan.

Kenduri



Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar melunagkan masa hari ini, menghadiri majlis-majlis kenduri kahwin di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah dan Batu Kurau.

 


Di Kampung Telaga Tujuh di Repoh dalam DUN Batu Kurau, beliau menghadiri majlis kenduri anak perempuan Ketua Wanita UMNO Cawangan Repoh, Nazatul Shia binti Sharuddin yang berkahwin dengan pasangannya, Mazwadi bin Rakion.

Manakala di Kampung Bangol Sebelah, Batu Kurau, Shahrul Azizi bin Ramli memilih Hanim binti Zambry sebagai pasangan hidupnya.



























Beliau turut menghadiri majlis kenduri kahwin anak saudara Ahli Majlis Daerah Selama (MDS), Mohamed bin Abdullah, Fazliana binti Mohd Najib dengan Mohd Rithaudin bin Mohd Aminuddin di Kampung Bangol Jerai dekat Ijok.

Didoakan semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat.

Ketua kampung



Ketua-Ketua Kampung disaran mengadakan mesyuarat Jawantankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) setiap bulan bagi membincangkan masalah kampung mereka.

 



Jika mereka tidak mengadakan mesyuarat banyak masalah tidak boleh diselesaikan.

Perkara ini dinyatakan Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika berucap di majlis penyampaian surat perlantikan Ketu-Ketua Kampung bagi tempoh 2013 dalam Parlimen Larut di Kubu Gajah,petang tadi.

Turut hadir ADUN Batu Kurau, Datuk Kapt (B) Najmuddin Elias, Penghulu-Penghulu mukim Ijok, Mahmud Fauzi Ghazali, Selama Mohd Ridzuan bin Baharuddin dan Batu Kurau, Baharuddin Ramli di majlis yang diadakan di Dewan Masyarakat Kampung Tersusun.

Setiap mesyuarat yang diadakan akan dibayar elaun berdasarkan tuntutan yang dikemukakan oleh Pengerusi JKKK.

Katanya, Beliau akan sentiasa memantau perjalanan Ketua Kampung dan aktiviti JKKK dan akan mengambil tindakan mengikut keadaan.





















Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah berkata, beliau berharap mereka yang dilantik semula seharusnyalah mengandakan lagi usaha bagai membantu Kerajaan mempercepatkan lagi proses pembangunan di peringkat kampung.

Setiap Ketua Kampung harus menjaga imej dan nama baik Kerajaan di mata dan hati masyarakat dan memikul tanggungjawab secara didikasi dan bermoral.

Mereka juga diminta menjauhkan diri daripada bersikap pilih kasih dalam membuat keputusan keatas apa-apa jua pertimbangan projek dan bantuan.

Pada masa ini terdapat seramai 54 orang Ketua Kampung dalam Parlimen Larut.