Template by:
Free Blog Templates

16 December 2012

Felda

Projek meluruskan jalan Kubu Gajah ke Taiping bagi pakej kedua dianggarkan menelan belanja lebih RM 30 juata.

Kerajaan telah meluluskan perlaksanaan projek sepanjang kira-kira lima kilometer itu dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kubu Gajah hingga ke Ladang Malaya yang dijadualkan bermula awal tahun depan.

Bagi pakej terakhir ia melibatkan kos sekitar RmM 100 Juta termasuk pembinaan tujuh buah jambatan dari jalan berdekatan Ladang Kambing Bore dekat Pondok Tanjung hinggalah ke Ulu Sepetang.

Demikian dinyatakan Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan majlis penutup dan penyampaian hadiah sempena sambutan Jubli Emas Felda, Ijok, petang tadi.















































Turut hadir Pengurus Felda, Haji Shauddin Dat, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sambutan, Datuk Abu Hassan Shaari, Pegawai Rela Daerah Kecil Selama, Major Yakub Desa dan Ketua Kampung, Haji Shukur Haji Jaman adalah diantara kira-kira 2,000 orang yang hadir di padang Sekolah Kebangsaan, Felda, Ijok.

Pembinaan projek jalan itu selain memberikan kemudahan perhubungan yang lebih baik ia juga akan dapat meningkatkan lagi tahap ekonomi penduduk tempatan.

Katanya, beliau juga telah meminta Kerajaan menaik taraf jalan dari Redang Panjang ke Batu 20 yang juga menuju ke Taiping.

Jalan ini bukan sahaja terlalu kecil dan bahu jalan yang agak tinggi, tetapi juga sering mendatangkan bahaya kepada pengguna, tertutama pada waktu cuaca buruk.

Mengenai pembinaan mini Stadium yang berharga RM 1 juta dan menaik taraf Pekan Felda Ijok bernilai RM 2 juta, lawatan tapak akan diadakan pada 18 Disember serentak dengan tawaran tender.

Dua projek itu telah diluluskan ataas permintaan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin ketika lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ke Felda, Ijok awal tahun ini.

Katanya, masalah tapak rumah bagi seramai kira-kira 200 orang generasi kedua juga sedang diusahakan di satu tapak seluas 20 ekar di tanah rancangan tersebut.

Pelbagai acata diadakan termasuk persembahan artis dari Ibu Negara dan pertandingan sukan, selain ceramah dan program motivasi sempena dengan sambutan tersebut.

0 comments: