Template by:
Free Blog Templates

25 December 2012

Futsal



Masyarakat hanya bernafsu mendapatkan kemudahan sukan, tetapi kemudian gagal  menganjurkan aktiviti.









Kemudahan sukan itu akhirnya tinggal terbiar dan ia sudah tentu merugikan wang rakyat.

Justeru adalah diharapkan Pejabat Belia dan Sukan Daerah mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah gelanggang yang tinggal terbiar.

Demikian dinyatakan Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika berucap menutup dan menyampaikan hadiah  pertandingan futsal anjuran pemuda di Kampung Perak, Batuk Kurau, petang tadi.

Sebanyak 26 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut bagi mengeratkan lagi silaturahim di kalangan belia-belia di situ.





















Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah menambah,  pada masa ini terdapat gelanggang futsal di mana-mana dalam Parlimen Larut, walaupun bilangan itu dikatakan belum mencukupi.

Diantara kampung yang memilikki gelanggang tersebut ialah Kampung Perak, Astaka, Ulu Sepetang dan Pantai Besar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kurau manakala di DUN Kubu Gajah pula di Pekan Ijok, Felda, Ijok, Batu 20, pekan Kubu Gajah dan Tebing Tinggi sementara di DUN Selama, di Taman Cempasari, Sungai Bayur, Kampung Tua dan Taman Menteri.

Justeru, beliau berharap badan-badan belia dan sukan tempatan berpakat menggunakan gelanggang tersebut dengan aktiviti sukan bagi mencungkil bakat-akat baru.

0 comments: