Template by:
Free Blog Templates

11 December 2012

Sampah





Apa sudah jadi? dimana tong sampah? kenapa sampah dibuang merata-rata?









Itulah persoalan yang timbul ketika Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah,Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika memantau di sekitar Kampung Sungai Dendang dan terkejut mendapati sampah sarap bertaburan di tepi jalan.

Saya berharap Majlis Daerah Selama (MDS) akan mengambil tindakan segera kerana bimbang ia akan mendatangkan kekotoran, pencemaran dan ancaman kesihatan.





Beliau hairan kenapa tiada penguatkuasaan oleh pihak berkenaan kerana sampah itu, betul-betul di tepi jalan raya.

Beliau juga meminta Ketua Kampung Sungai Dendang, Ismail Don segera menemui pihak MDS mengenai masalah itu.

1 comments:

Anonymous said...

Orang UMNO ada ahli majlis.

Sampai masanya kita mengamalkan PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

Ramai lagi ahli UMNO yang lain kenapa tak pilih mereka jadi ahli majlis.

Carilah orang yang tiada kerja.Kalau asyik jual ayam dan jaga lembu dan jalan sana sini tanpa tujuan bagaimana ia boleh menumpukan kesejahteraan MDS