Template by:
Free Blog Templates

25 December 2012

RT



Ekonomi penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah akan meningkat dan mereka akan menikmati kemajuan sebagaimana program pembangunan Kerajaan dirancang yang akan dilaksanakan.



Diantara projek yang akan dilaksanakan ialah pakej meluruskan jalan Kubu Gajah-Ulu Sepetang fasa ke dua dan terakhir, tahun depan yang melibatkan lebih RM 40 juta.

Perkara ini dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan Sukaneka Perpaduan Rukun Tetangga (RT) Kubu Gajah di padang Majlis Daerah di Pekan Kubu Gajah, pagi tadi.

Turut hadir Pegawai Perpaduan Daerah, Radi Kamaruddin, Penolong Prgawai Belia dan Sukan Daerah, Nasaruddin Mawi, Ketua Kampung Tebing Tinggi, Nor Azemi Sabran, Pengerusi RT sektor Kubu Gajah, Abdul Karim Haji Ismail dan Ketua UMNO Cawangan Kubu Gajah, Abu Samah Aliddin.

Katanya, Dengan pembukaan projek susur keluar lebuhraya PLUS dekat Alor Pongsu menjelang tahun 2014, ia juga akan membantu menaikan lagi tahap ekonomi penduduk Kubu Gajah.
























Setakat ini, jalan-jalan yang telah siap dilaksanakan oleh Kerajaan di era ADUN Kubu Gajah ialah Jalan Lampin yang menghunbunggi Sungai Dendang dengan Pekan Selama, Jalan Kampung Mesjid melalu Kampung Teras ke Ulu Mengkuang di Ulu Selama dan Jalan Ijok melalui Sungai Jernih, Kelian Gunung ke Grik di Ulu Perak melalui Sumpitan.

Beliau menambah, program menaik taraf pekan Ijok sedang dilaksanakan manakala bagi pekan kecil Kubu Gajah masih diperingkat perancangan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

Bagi pekan Kubu Gajah, sebuah padang tiruan bernilai RM 1.5 juta termasuk kemudahan lampu limpah akan dibina tidak lama lagi, selain sebuah projek perumahan mampu dibeli.

Manakala di tanah rancangan FELDA, Ijok projek membina sebuah mini Stadium dan menaik taraf pekan FELDA kesemuanya bernilai RM 3 juta, tawaran telah dibuka.

Kawasan tanah seluas 1,500 ekar juga telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri di kawasan DUN Kubu Gajah bagi rancangan Ladang Rakyat. Pada masa ini, terdapat satu projek milik Perbadanan Pertanian Perak di Ladang Sungai Segar.

Pembukaan sebuah Kampus Univrsiti dekat Ladang Sungai Segar juga turut dicadangkan kepada Kementerian berkenaan bagi meningkatkan lagi pembangunan di DUN Kubu Gajah khasnya dan Parlimen Larut pada keseluruhannnya.

Mengenai program sukaneka itu, katanya ia boleh meningkatkan lagi perpaduan penduduk yang sedia terjalin.

Pelbagai aktiviti dan pertandingan turut dianjurkan sepanjang satu hari program itu diadakan yang mendapat sambutan meriah.

0 comments: