Template by:
Free Blog Templates

9 December 2012

Kenduri kahwin




Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar sebaik selesai majlis Rela di Felda, Ijok terus meluangkan masa menghadiri majlis-majlis kenduri kahwin di kawasannya.



Di Bagan Baharu, beliau menghadiri majlis perkahwinan anak Timbalan Ketua UMNO Cawangan, Ahmad Aznal bin Haji Abdullah dan pasangannya Kamisah binti Abdul Latif yang diadakan di dewan homestay.






















Beliau juga menghadiri majlis kenduri anak lelaki Ketua UMNO cawangan Air Hitam, Sharul Azlan bin Ahmad Norbi dengan pasangannya Nor Aiza binti Zainuddin manakala di Sungai Jernih dekat Ulu Ijok, perkahwinan Mohd Faizul bin Mat Yusof dan Nor Atikah binti Mohd Rodzi.

Didoakan semoga perkahwinan pasangan-pasangan berkenaan kekal hingga ke akhir hayat.

1 comments:

Anonymous said...

Mankin banyak saya menghadiri kenduri mankin ramai saya dengar orang muda hendak mengundi pembangkang.

Yang tua pula ada yang mengatakan walau apa parti pun menang mereka masih macam itu juga.

Pengundi resmi lalang nampaknya tunggu dan lihat. Bila mereka dengar ramai yang mengundi PAS mereka akan pangkah PAS. Jika mereka dengar ramai undi UMNO mereka akan pangkah UMNO disaat2 akhir.