Template by:
Free Blog Templates

30 June 2012

Kenduri kesyukuran










Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar meluangkan masa menghadiri majlis kenduri kesyukuran di rumah pakar sakit resdong tradisonal di Kampung Batu 21 dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah, tengahari tadi.

Mak Tam amat dikenali penduduk tempatan yang mempunyai ramai anak merasa syukur keraana akhirnya Berjaya memiliki sebuah rumah mesra rakyat dengan harga RM 48,000.

Beliau mengadakan majlis kenduri itu juga untuk menyambut ketibaan bulan Ramadan tidak lama lagi.

Turut hadir Ketua Kampung Batu 20, Haji Mat Isa Harun.

Komuniti



















Malaysia tidak terkecuali mengalami nasib yang sama seperti Mesir dan beberapa negara Islam yang lain jika huru-hara dan kekacauan terus berlaku.

Justeru, perpaduan harus diutamakan jika keamanan yang diingini sepertimana yang ditunjukkan ketika negara diancam pengganas komunis.

Pengganas komunis akhirnya mengaku kalah dan meletakkan senjata kerana gagal menembusi kekuatan perpaduan rakyat.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar ketika berucap meraikan lawatan rombongan komuniti 1 Malaysia dari dewan undangan negeri (DUN) Kijal dalam parlimen kemaman, Terengganu.

Rombongan seramai 44 orang termasuk wanita yang diketuai penghulu Mukim Kijal, Shahrul Azuan Shafie turut diraikan jamuan makan tengahari di pusat perkelahan Lata Panggung, Kampung Teras, Ijok.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menegaskan soal perpaduan jangan dipandang mudah sebaliknya perlu diberikan keutamaan oleh semua pihak tidak kira dimana.

Perbezaan politik tidaj bermakna rakyat harus korban soal perpaduan dan keamanan.

Perhimpunan haram tidak menyelesaikan masalah sebaliknya mengancam keselamatan negara dan menjejaskan kestabilan ekonomi.

Turut hadir penghulu Mukim Ijok, Mahmud Fauzi Ghazali dan pegawai penerangan daerah Larut. Matang dan Selama, Rahmat B. Haji.

29 June 2012

Lawat











Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar meluangkan masa melawat warga emas di kampung Bendang Luas berdekatan Ijok.

Puan Zauyah Bt. Hamzah begitu terharu diatas kunjungan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin.

Beliau juga melawat menantu Zuyah, Shaiful Bahari Bin Abdul Ghani,42 tahun yang hilang penglihatan akibat kencing manis dan jantung.

Jalan berlubang






Jabatan kerjaraya (JKR) diminta memperbaiki segera tanah berlubang besar di tepi jalan dekat Redang Panjang yang mendatangkan bahaya kepada pengguna.

Gesaan itu dibuat Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar selepas meninjau jalan tersebut tadi.

Kenderaan yang terbabas atai penunggang motosikal terutama pada waktu malam pasti terdedah kepada kemalangan jika tidak berhati-hati.

Seorang pemimpin parti politik mengadu beliau hampir menemui kemalangan jika gagal mengelak lubang yang besar itu.

Lubang itu berlaku disebabkan hakisan dan JKR diminta untuk sementara waktu meletakkan tanda keselamatan.

Kaum























Rakyat digesa menolak sebarang bentuk tindakan yang berbau perkauman.

Negara akan musnah jika rakyat berpecah belah dan akan terdedah kepada ancaman luar.

Masyarakat India dinasihatkan jangan mudah terpengaruh dengan dakyaj mereka yang cuba mencetuskan sentimen perkauman.

Demikian ditegaskan Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan sukan tahunan sekolah jenis kebangsaan tamil (SKJT) Ladang Stoughtan berdekatan Redang Panjang, petang tadi.

Turut hadir guru besar SKJT ladang Stoughten, G.Sathiavani dan pengerusi PPP parlimen Larut, C.Ganesa dan ketua kampung Redang Panjang, Zainuddin Hamid.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin mengingatkan masyarakat india tentang ada pihak-pihak yang akan mengambil kesempatan kononnya merekalah pejuang kaum india dan cuba menafikan apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) ini pada saat menjelang pilihanraya umum (PRU) .

Kaum india juga berpeluang menikmati kekayaan di negara yang ditabir BN.

Perpaduan kaum adalah asas benteng ketahanan dan keselamatan negara.