Template by:
Free Blog Templates

9 June 2012

Belia














Pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab diingatkan agar tidak mengheret belia dengan aktiviti yang merosakkan masa depan mereka.

Jika pihak-pihak berkenaan ikhlas untuk membimbing belia tampillah bersama Kerajaan dengan tidak mengadakan perhimpunan haram dan tidak bermoral.

Demikian dinyatakan oleh ahli dewan undagan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar ketika berucap di majlis ramah mesra minum petang bersama belia-belia di Felda, Ijok Petang tadi.

Penolong pegawai belia dan sukan daerah Larut, Matang dan Selama, Nasaruddin Mawi dan ketua kampung Felda, Ijok, Haji Shukur Haji Jaman adalah diantara lebih 150 orang yang hadir di dewan Frlda, Ijok.

Mengadakan perhimpunan haram dan demostrasi bukan jalan penyelesaian keatas sesuatu isu, sebaliknya perbuatan yang tidak bermoral oti akan hanya menjejaskan keharmonian rakyat dan negara.

Budaya di Malaysia tidak sama dengan cara hidup di barat dan tidak sesuai untuk diamalkan di negara yang rakyatnya pelbagai kaum dan agama.

Belia-belia sebaliknya diajak bersatu dan mengadakan program yang boleh mendekati diri mereka dengan rakyat.

Beliau juga mengajak masayarakat agar sentiasa melibatkan belia dan remaja dalam program yang dianjurkan agar mereka tidak merasa tersisih.

Mereka mengasingkan diri dan terbabit dengan aktiviti tidak bermoral kerana masyarakat telah menyisihkan mereka.

0 comments: