Template by:
Free Blog Templates

16 June 2012

Jalan lulus










Peruntukan untuk membaiki cerun jalan kampung Teras di Ijok ke Ulu Mengkuang di Ulu Selama yang bahaya kepada pengguna, akhirnya telah diperolehi.

Peringkat awal tahun ini, jabatan kerja raya (JKR) akan membelanjakan RM 200,000 untuk membaiki cerun di jalan tersebut dan sekarang diperingkat memproses tender.

Jalan kampung Teras ke Ulu Mengkuang merupakan jalan baru yang siap dibina baru, tetapi berlaku tebing runtuh dan membahayakan kepada pengguna jika tidak segera dibaiki.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, telah membangkitkan masalah tersebut dimesyuarat jawatankuasa tindakan daerah dan mendapat perhatian serious daripada JKR.

Sejak berlakunya tanah runtuh di Tebing jalan tersebut ia telah mendatangkan rasa bimbang kepada pengguna.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang membuat lawatan ke tebing runtuh itu berkata, jalan berkenaan menjadi tumpuan termasuk pengguna dari negara jiran, Thailand dan tidak mahu berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini.

Tetapi, dengan pembaikan cerun berkenaan diharap measalah penyelenggaraan jalan tersebut tidak timbul lagi.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah ketua kampung Teras, Abdul Wahab Mat Yatam.

0 comments: