Template by:
Free Blog Templates

17 June 2012

Masjid














Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama umat islam menunaikan solat zohor di Mesjid Al-Kurauwi setibanya ke Batu Kurau, tengahari tadi.

Ketibaan Tan Sri Muhyiddin disambut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar dan ADUN Batu Kurau, Kapt. (B) Datuk Najmuddin Elias dan ADUN Selama, Datuk Haji Mohd Daud Yusop dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Mesjid.

Timbalan Perdana Menteri diiringgi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abd Kadir dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mesjid baru Al-Kurauwi itu dibina hasil usaha Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin ketika menjadi Ahli Parlimen Larut yang memperolehi peruntukan daripada Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri sebanyak RM 1 juta dan sebanyak RM 500,000 daripada sumbangan Kerajaan Negeri.

Mesjid tersebut dibina menggantikan bangunan lama dan idea itu bermula ketika Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menyuarakannya kepada mantan Menteri Besar Perak, Tan Sri Mohd Tajol Rosli Ghazali dalam satu majlis.

Sebagai tanda kenangan, Tan Sri Muhyiddin menandatangani buku sempena lawatan beliau ke mesjid berkenaan.

0 comments: