Template by:
Free Blog Templates

16 June 2012

Futsal












Pihak berkenaan diingatkan mempastikan setiap kemudahan sukan yang dibina mendapat sijil layak menduduki (CF) sbeelum bolh digunakan.

Ia bagi mempastikan kemudahan yang dibina itu mengikut speksifikasi dan tidak menimbul masalah di kemudian hari.

CF itu juga penting bagi menggelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kepada pengguna kemudahan tersebut.

Demikian ditegaskan oleh ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Ser Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar selepas melawat gelanggang futsal yang baru siap dibina di batu 20 berdekatan Batu Kurau.

Turut hadir penolong pegawai belia dan sukan daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), Nasaruddin Mawi dan ketua UMNO cawangan Batu 20, Haji Rosli Mat Zain.

Beliau mengucapkam terima kasih kepada kementerian belia dan sukan diatas pembinaan gelanggang berharga RM 150,000 dan lengkapp dengan lampu limpah.

Beliau berharap gelanggang futsal yang telah dibina tidak terbiar tanpa ada aktiviti dan pertandingan.

Beliau juga berharap kelab-kelab sukan yang telah ditubuhkan dapat mengadakan program yang berjadual bagi setiap gelanggang futsal yang dibina.

0 comments: