Template by:
Free Blog Templates

27 June 2012

Peladang


















Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau akan mengadakan kempen menggalakan ahli-ahlinya menceburkan diri dalam program ladang kontrak dengan Lembaga Pemasaran Peladang Kebangsaan (FAMA).

PPK juga telah meminta kesemua 22 unit peladang dibawah naungannya mengenalpasti sekurang-kurangnnya 20 orang ahli peringkat awal ini bagi membincang dan mendapatkan taklimat mengenai program tersebut.

Ketua-ketua unit juga diminta mengenalpasti jumlah tanah terbiar di kawasan mereka untuk dimajukan projek pertanian secara berkelumpuk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar yang juga Pengerusi PPK Batu Kurau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah dan taklimat FAMA mengenai ladang kontrak itu di bangunan PPK, pagi tadi.

Diantara tujuan ladang kontrak tersebut adalah bagi menjamin peladang menerima harga pasaran yang baik, selain menggelakan mereka mengalami kerugian besar jika pemborong mengalami kerugian atau menutup perniagaan.

Ia juga bertujuan untuk membimbing peladang dan petani menceburkan diri dalam perniagaan secara komersial tanpa bergantung semata-mata kepada orang tengah.

Kerajaan ingin melihat lebih ramai peladang yang berani tampil kehadapan untuk bersaing di dunia yang lebih global ini.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya pernah buat ladang kontrek tanaman serai. Akirnya untung tiadanya sebab serai saya diberikan gred C walaupun dipantau pembeli.