Template by:
Free Blog Templates

16 June 2012

Jalan kampung







Ketua kampung dan jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) diingatkan agar memantau setiap projek yang dilaksanakan di tempat mereka.

Jangan hanya pada masa hendak mendapat projek mereka bersuara, tetapi tidak mengambil berat keatas projek yang sedang dilaksanakan.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata demikian selepas melawat jalan kampung di kampung Simpang Tiga Gudang, tengah hari tadi.

Turut hadir ketua kampung Padang Das, Musa Ibrahim dan JKKK Simpang Tiga Gudang, Abdul Rahman Noli.

Sebanyak Rm 20,000 telah diluluskan Kerajaan untuk menaik taraf jalan tersebut sepanjang kira-kira sembilan rantai.

Pemantauan ketua kampung dan JKKK penting bagi memastikan setiap projek yang dilaksanakan mengikut jadual dan spesifikasi.

Mengenai projek jalan-jalan kampung di dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah, beliau berharap banyak lagi yang dapat dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

0 comments: