Template by:
Free Blog Templates

12 June 2012

Risda-tegur
















Agensi-agensi Kerajaan yang memajukan mana-mana tanah berkelompok diingatkan agar memastikan kemudahan asas yang rosak dibaiki atau diganti segera.

Ini kerana ia bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada pengguna, terutamannya penduduk, tetapi juga menjejaskan perhubungan dan pengakutan penduduk tempatan.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata demikian selepas mengadakan lawatan meninjau dua buah titi kayu yang berada dalam keadaan bahaya di kampung Kelian Tok Budi, Redang Panjang, pagi tadi.

Pegawai Risda daerah Larut Matang dan Selama, Ahmad B. Teha , penghulu Mukim Ijok, Mahmud Fauzi ghazali dan ketua UMNO cawangan Redang panjang, Khairul Mat Dali.

Pada masa ini, Risda melalui anak syarikatnya mengusaha seluas 300 ekar dan Felcra seluas 70 hektar di situ sejak lima tahun yang lalu.

Terdapat tiga buah titi disitu termasuk sebuah jambatan konkrik yang dibina oleh Risda manakala dua lagi oleh agensi lain.

Ketiga-tiga titi dan jambatan tersebut pada masa ini digunakan untuk perhubungan pengakutan buah-buah sawit diladang berkenaan.

Titi-titi tersebut juga digunakan untuk pengunjung-pengunjung ke kolam berkayak dan memancing disitu.

0 comments: