Template by:
Free Blog Templates

7 June 2012

Rumah penghulu








Rumah (kuarters) Kerajaan yang tidak digunakan disarankan agar diberikan peluang untuk digunakan oleh Persatuan Belia yang aaaabergerak aktif atau mana-mana badan bukan Kerajaan (NGO).

Ahli Dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian selepas mendapati sebuah rumah Penghulu di Bagan Baru tinggal terbiar.

Turut hadir Ketua Kampung Sungai Segar, Haji Zaulkifli Ahmad dan Bendahari Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK),Ahmad Shakiri Ishak.

Rumah penghulu atau kuaters Kerajaan tidak digunakan kerana kebanyakan Pegawai dan kakitangan Kerajaan lebih selesa tinggal di Bandar berdekatan seperti Taiping ataurumah sendiri.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menjelaskan beliau telah berulangkali membangkitkan masalah kuartes Kerajaan yang tidak digunakan itu dan diberikan kepada badan beliaatu NGO di mesyuarat Jawatankuasa Tinndakan Daerah Larut,Matang dan Selama.

Tetapi,saya Ketua-Ketua Jabatan berkenaanlebih suka menyimpan bangunan tersebut sekalipun tinggal reput.

Daripada mengeluarkan kos pengurusan dan penyelenggaran keatas bangunan yang tidak digunakan itu dan menjadi pembaziran ada baik ianya disewa kepada pihak lain yang memerlukannnya.

0 comments: