Template by:
Free Blog Templates

21 June 2012

Universiti






Parlimen Larut menawarkan tapak untuk mana-mana universiti membuka kampusnya sebagai usaha memajukan ekonomi luarbandar.

Tapak yang dirasakan sesuai itu ialah atas tanah seluas kira-kira 3,000 ekar diantara ladang Sungai Segar dan rancangan tanah belia khas (RTBK) pondok Tanjung milik jabatan veterina yang sedang dimajukan dengan pembiakan kambing Bore nasional.

Hasrat dan cadangan menubuhkan kampus universiti itu telah disampaikan oleh ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin b. Raja Haji Omar kepada dalam satu memorandum kepada timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, berkata demikian ketika berucap merasmikan temasya sukan sekolah kebangsaan Tebing Tinggi petang tadi.

Turut hadir guru besar sekolah kebangsaan Tebing Tinggi, Hajjah Zahrani Othman dan yang dipertua persatuan ibubapa dan guru (PIBG), Jamaluddin Darus.

Beliau ketika berjumpa timbalan perdana menteri yang dalam lawatan ke Batu Kurau baru-baru telah menjelaskan hasrat tersebut yang kebetulan projek kambing Bore dicadangkan disitu oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi menteri pertanian.

Pengumuman beliau itu telah disambut dan di beri sokongan penuh oleh masyarakat Larut, yang mahu kawasan mereka turut membangun dan maju seperti kawasan-kawasan lain.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Sebenarnya kita boleh memulakan dengan fakulti verteriner, perhutanan, perikanan air tawar dan kursus yang berkaitan dengan MPOB, keperluan RISDA dan perubatan tradisional.

Dulu USM ada buat kajian perhutanan di situ.

Bagaimana jika cawangan Harvard atau Beijing dapat dibina di situ.
Pensyarah Beijing sudah berada di Dewan Bahasa.