Template by:
Free Blog Templates

11 June 2012

Mesyuarat UMNO














Ahli-Ahli UMNO semua peringkat diingatkan agar tidak membelakangkan cawangan dan Bahagian dalam menganjurkan aktiviti yang membabitkan soal parti.

Ini bagi menggelakan timbul sebarang masalah pentadbiran dan pengurusan jika cawangan dan bahagian diketepikan.

Jika cawaangan dan bahagian dibelakangkan dengan sendirinya ahli berkenaan secara tidak langsung tidak menghormati Perlembagaan dan peraturan parti.

Demikian ditegaskan oleh Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika berucap, meresmikan mesyuarat agung pergerakan Wanita UMNO cawangan Taman Lela, dekat Kamunting, petang tadi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, menjelaskan UMNO tidak menyekat sebarang aktiviti yang menguntungkan parti, Cuma apa yang diharapkan hormatilah cawangan dan bahagian.

Bahagian dan cawangan wujud adalah memudahkan penyelaraskan pengurusan dan pentadbiran parti.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin ketika meresmikan mesyuarat UMNO cawangan Bagan Bahru, menyeru seluruh ahli di semua peringkat menguatkan perpaduan bagi mempertahan dan mempastikan kemenangan cemerlang Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang.

BN Berjaya menggekalkan kemenangan di empat kerusi Parlimen Larut dan tiga Dewan Negeri (DUN) iaitu di Selama, Kubu Gajah dan Batu Kurau pada PRU yang lalu.

Beliau juga berucap di mesyuarat Wanita UMNO cawangan Changkat Larah.

0 comments: